MABA Akan Menganjurkan Kejohanan Piala Agong Bola Keranjang Malaysia Kali ke -56 2022 dan Kejohanan Matrix u17
Kuala Lumpur 30 November Persatuan Bola Keranjang Malaysia MABA akan menganjurkan Kejohanan Terbesar yang akan diadakan di Stadium MABA Kuala Lumpur pada 24 Disember hingga 30 Disember .
Di dalam acara majlis undian yang diadakan bersama Media baru baru ini. MABA bakal menganjurkan 4 kategori pertandingan serentak. Iaitu Pertandingan Piala Agong MABA kali ke 56 2022 Kategori Wanita dan Lelaki. Pertandingan Kejohanan bola Keranjang Matrix untuk Bawah 17 tahun Kategori lelaki dan Wanita .
Untuk Piala Agong Kategori Lelaki sebanyak 10 Pasukan yang akan disertai iaitu, Pasukan Negeri Johor, Pulau Pinang, Perak , Melaka , negeri Sembilan,Selangor, Sabah Pasukan ATM, PDRM dan juga Gabungan pasukan terpilih dari kejohanan Bola Keranjang bukan cina yang diadakan baru baru ini di Pulau Pinang .
Sesi undian telah selesai dijalankan dengan berjaya di Hotel Media bersama media. Di dalam sesi undian Kategori lelaki Piala Agong kali ini amat mengejutkan kerana Kebanyakkan Pasukan yang kuat berada di Kumpulan A. Iaitu negeri Sembilan, Selangor , ATM, PDRM,Johor Ia adalah perlawanan yang sengit bakal berlaku . Manakala Pasukan gabungan pilihan berada di Kumpulan B Bersama Melaka .Pulau Pinang, Perak dan Sabah. Pertandingan akan diadakan secara Liga setiap kumpulan.
Diatas adalah keputusan Pasukan yang berada di setiap kumpulan selepas selesai undian selesai dijalankan. Manakala untuk Kategori Wanita Piala Agong Pasukan bertanding adalah seperti diatas.
Untuk Kejohanan Matrix bawah 17 tahun rata rata kesemua pasukan negeri mengahantar wakil dan ia merupakan satu pendedahan penting untuk mereka . Kejohanan ini penting bagi mengcungkil dan mengetengahkan bakat baru pemain Bola Keranjang Kebangsaan. Dimana mereka ini bakal mewakili Malaysia pula ke kejohanan remaja pada masa akan datang. Kedudukan pasukan didalam kumpulan seperti gambar diatas.
Kesimpulan kejohanan Piala Agong edisi kali ini sungguh meriah dengan kehadiran pasukan bpemain bukan cina juga dapat bersaing dengan pasukan yang ada dalam kejohanan ini. Ia akan memberi minat kepada pemain bukan cina untuk terus bersama dalam pasukan Bola Keranjang dimana dapat memupuk perpasuan bersama semasa dalam perlawanan dan dalam pasukan. Kejohanan kali ini juga bakal menyaksikan pasukan terkuat yang akan memenangi kejohanan ini degan perlawanan yang sengit bakal disajikan kepada anda. Untuk menonton perlawanan anda bolehlah ke Stadium MABA untuk membeli tiket dengan harga RM 10 sehingga RM 20 untuk perlawanan memasuki pusingan seterunya. Semoga Kejohanan ini bakal menjadikan MABA sebuah organisasi yang penting dalam membangunkan Sukan Bola Keranjang di dalam Malaysia.
Comments
Post a Comment