BUAT PERTAMA KALINYA, PAMERAN IMERSIF & INTERAKTIF TERKENAL DUNIA ‘VAN GOGH ALIVE’ DIBINA KHAS DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2022 - Menghembuskan nafas yang
baru di dalam dunia sejarah kesenian, orang ramai berpeluang untuk menghayati
pameran bertahap dunia, ‘Van Gogh Alive’ sebuah pameran kesenian yang
memaparkan Vincent Van Gogh, tokoh seni lukis yang terkenal. Buat pertama
kalinya, pameran interaktif yang serba baru yang dipersembahkan bersama ‘Van
Gogh Alive’ akan membawa para pengunjung melalui perjalanan imersif melalui
imaginasi dan karya agung Van Gogh.
Pameran ciptaan dan terbitan Grande Experience, terbitan
bersama KKLive dan Gravitytai Co., Ltd. ini bakal mengubah persepsi individu
tentang kunjungan ke muzium dengan pengalaman interaktif dan imersif serba moden
dan cara gaya berinteraksi dengan seni. Pameran ini mempamerkan hasil seni
dramatik dan berwarna-warni gaya ‘post-impressionist’ secara unjuran dari
lantai ke siling menceritakan kisah silam tokoh tersebut.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), YB
Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, “Ianya membanggakan saya apabila dapat
melihat syarikat-syarikat Malaysia berkembang dan mempersembahkan inovasi mereka
kepada dunia. Keistimewaan ini menjadi kunci kepada penjanaan permintaan dunia
terhadap acara seperti ini dan meningkatkan kemasukan pelancong. Dengan itu,
saya ingin berterima kasih kepada penganjur dan penerbit ‘Van Gogh Alive’ dan
‘The Greatest Artist’ kerana berani menganjurkan pameran secara imersif ini dan
menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk belajar dan berkembang. Saya
percaya Malaysia mempunyai potensi yang hebat dalam meneraju acara-acara
bertaraf antarabangsa dan saya menjangkakan lebih banyak lagi acara sebegini
pada tahun 2023.”
Tambahan pula, penganjur pameran ini, Meta Doers World
Holdings Berhad (MDW) & FrameMotion Studio Sdn. Bhd turut memanfaatkan
teknologi berasaskan kecerdasan buatan (A.I.) dibina khas untuk para pengunjung
di Malaysia. Sementara para pengunjung dipersembahkan dengan warna-warni karya
Van Gogh secara unik, penambahan baru ini membolehkan mereka mendalami sejarah
tokoh tersebut dan mengalami pengalaman sejarah kesenian secara imersif melalui
aktiviti-aktiviti interaktif.
Ketua Pegawai Pemasaran MDW, En. dan
Ketua Pegawai Eksekutif Frame Motion Studio, En. Jeand Pua berkongsi, “Para
pengunjung bakal mengalami pengalaman dan penghayatan yang luar biasa buat
pertama kalinya di Malaysia - ‘Van Gogh Alive’. Kami turut menggandingkannya
dengan pameran tambahan bagi melonjakkan acara ini dengan membolehkan para
pengunjung mengalami pengalaman interaktif dan imersif yang tiada tandingan.” ‘Van
Gogh Alive’ telah dipamerkan di lebih 80 buah bandar serata dunia, dan merupakan
sebuah pameran yang diminati di seluruh dunia. Dengan Pavilion Bukit Jalil
sebagai Rakan Tapak Acara, pameran ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong
tempatan dan antarabangsa, tapi turut berfungsi sebagai pemangkin pembangunan
dan perkembangan sektor pelancongan di Kuala Lumpur, seterusnya menyumbang
kepada sektor pelancongan negara.
Para pengunjung dapat menjangkakan acara yang menggemparkan
dengan teknologi yang canggih disediakan oleh jenama kereta dan motosikal
premium, BMW, sebagai penaja. Bukan itu sahaja, bagi memastikan para pengunjung
mendapat pengalaman yang berkualiti tinggi, inovasi untuk pengudaraan dalaman berkualiti
dengan nanoeTM X, Panasonic Malaysia mempamerkan solusi tercanggihnya supaya
‘Van Gogh Alive’ mendapat pengudaraan yang berkualiti tinggi.
Tambahan pula, sebagai peneraju pasaran Teknologi Unjuran,
buat pertama kalinya di Malaysia, Panasonic menggabungkan teknologi pemetaan
unjuran dan pembebasan kabus bagi mencipta pengalaman interaktif dan imersif
kepada para pengunjung.
Pengalaman sekali seumur hidup karya seni Van Gogh ini boleh
dikunjungi oleh orang ramai bermula dari 17 Disember 2022 hingga 16 Mac 2023.
Tiket boleh dibeli melalui pautan www.vangogh.com.my dengan harga RM75 untuk
dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak dan warga emas, sehingga 16 Mac 2023 ini.
‘Van Gogh Alive’ merupakan hasil ciptaan dan terbitan Grande
Experiences, terbitan bersama KKLive dan Gravitytai Co., Ltd.; dianjurkan oleh
Meta Doers World Holding Berhad, FrameMotion Sdn. Bhd.,
Bersama dengan rakan
dan penaja seperti:
Dipersembahkan oleh BMW Malaysia
Penaja Platinum - Datasonic Group Berhad
Rakan Teknologi - Panasonic Malaysia
Rakan Perlindungan Hebat- Neutrovis Malaysia
Platform KOL & Pempengaruh Rasmi - Modello
Rakan Radio Rasmi - 8FM, FlyFM, BuletinFM
Jutaan terima kasih kepada Samoi; Exsim; CO2 Coffee Bar dan
Selendra
Para penggemar kereta turut berpeluang untuk melihat model
terbaru dari BMW yang bakal dipamerkan di 'Van Gogh Alive' bermula Januari
2023. Sila layari www.bmw.com.my untuk mengetahui model yang bakal dipamerkan.
Comments
Post a Comment