Suasana Gemuruh Penonton Bersorak Gembira di Konsert Ziana Zain & Anuar Zain
Kuala Lumpur, Fenomena Terbaru di dalam konsert Muzik yang diadakan bila Ziana Zain dan Anuar Zain pasangan adik beradik berjaya menghiburkan kesemua Penonton yang hadir, Buat kali Pertama Penonton yang hadir dapat melihat sendiri duet adik beradik menyanyikan lagu yang sungguh mempersona . Dengan Suasana yang riuh rendah penonton tidak henti hentio bersorak kerana teruja melihat persembahan mereka berdua.
Pada Permulaan acara dimulakan "Music Intro" Lagu Duet Anuar Zain dan Ziana Zain Sangkar Cinta dan Bila Resah . Dengan Melodi Lagu Yang sungguh Ashik ia menghiburkan penonton yang hadir dengan Tema Baju Warna Putih yang dipakai.
Persefahaman mereka beraksi di pentas dengan menyanyikan beberapa lagu yang popular telah menghiburkan susana di dalam Panggung KLCC .
Mereka juga menghidupkan suasana apabila berinteraksi dengan penonton secara terus, antaranya mereka juga memberikan hadiah Baju T Shirt Official Konsert Ziana Zain dan Anuar Zain . Dengan membalingkan n=baju tersebut secara random kearah penontoh telah meriuhkan suasana yang ada menyaksikan konsert tersebut, yang berjaya mendapatkan baju tersebut tersenyum lebar kegembiraan . Ramai juga Artis artis dan rakan rakan penyanyi datang untuk menyaksikan konsert ini. Antaranya Rozita Che Wan, Ashaari, Era Fazira , Erni Zakri dan Shamel , Elina , dan ramai lagi yang hadir .
Lagu Seterusnya Ziana Zain menyanyikan Puncak Kasih , Terlerai Kasih dengan penuh keyakinan menjiwai Lagu tersebut dengan lantunan Suara yang sungguh mempersonakan.
Tidak perlu dipersoalkan lagi kerana Ziana Zain mepunyai tarikan Lantunan Suara yang tinggi telah memberikan keterujaan kepada penonton yang begitu lama rindu ingin melihat aksi ziana zain di dalam konsert ini.
Kemudian Anuar Zain pula muncul secara solo dengan mendendangkan Lagu yang popular beliau Iaitu Ketulusan Hati dan Mungkin . Dengan Persembahan beliau ini berjaya memberi kepuasan kepada penonton menyaksikan .
Takkala beliau ini suka berseloroh Sambil menyanyi. Anuar Zain sanggup turun dari pentas pergi sendiri kearah penonton untuk berinteraksi sambil memberikan hadiah baju TShirt Konsert . Penonton juga turut sama megambil kesempatan untuk berselfie bersama beliau. Sambil bertanya khabar kepada penonton ia teleh memberi kegembiraan kepada semua yang hadir.
Sesi seterusnya Mereka berdua Anuar Zain dan Ziana Zain Keluar dengan Persembahan Lagu Duet bersama Iaitu Sesuci Cintamu . Mereka juga seringkali berseloroh dengan penonton yang hadir telah menghiburkan suasana didalam panggung. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir Dimana Turut Hadir adalah Ayahnya dan Ibunya yang dicintai Pak Zain dna Mama . Serta Saudara mereka terdekat turut menyokong usaha mereka . Serta anak anak Ziana Zain.
Seterunya Ziana Zain Keluar dengan secara solo membuat persembahan dengan lagu
-Menadah Gerimis ,
-Anggapan Mu,
-Sedetik Lebih ( Cover Ziana Zain ) Lagu Anuar Zain
Dimana Vokal yang tinggi amat penting didalam lagu ini telah dibuktikan oleh beliau dengan sorakkan dan tepukan gemuruh diberikan oleh penonton kepada beliau setiap lagu membuat persembahan . Takkala itu juga ada beberapa lagu dinyanyikan oleh beliau secara Acapella tanpa muzik menyeluruh telah mengubat kerinduan penonton untuk beberapa lagu yang tidak dinyanyikan didalam konsert ini.
Kemudian muncul pula Anuar Zain dengan membuat beberapa persembahan dengan
- Lagu Lelaki ini ,
- Keabadian Cinta ,
- Lara ( Cover Anuar Zain ) Lagu Ziana Zain
Ini adalah antara lagu lagu yang amat popular yang dinyanyikan oleh beliau dengan persembahan penuh keyakinan dari beliau . Takkala lagu yang tidak tersenarai dinyanyikan juga oleh beliau diatas permintaan oleh penonton dengan rentak Acapella .
Beliau turut menyanyikan Lagu Ziana Zain - Lara dengan begitu baik . Penonton yang hadir bersorak kegembiraan sampaikan ada yang menitiskan air mata telah ditenang oleh anuar zain sendiri.
Sekali lagi Ziana Zain Keluar membuat persembahan dengan Lagu Madah Berhelah dan Anuar Zain dengan Lagu Cinta Takkan Berakhir.
Di Akhir Konsert yang akan berakhir satu gimik berlaku untuk Lagu Terakhir oleh mereka berdua dengan Lagu Duet Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan . Telah melengkapkan Persembahan mereka dihadapan peninton yang hadir. Anuar Zain dan Ziana Zain berpuas hati melihat kegembiraan penonton yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk keterujaan menyaksikan konsert mereka .
Ziana Zain turut bersyukur diatas peluang yang diberi untuk beliau dan adik beliau Anuar Zain berada di pentas untuk membuat persembahan bersama. Ia adalah kenagan yang tidak akan dilupakan oleh Ziana Zain dan Anuar Zain. Takkala jika diberi peluang lagi meraka mahu meneruskan Konsert bersama.
Akan datang dikatakan Konsert Anuar Zain dan Anuar Zain akan diadakan di singapura pula. Untuk Menemui Peminat disana.
Comments
Post a Comment