Filem Laal Singh Chadda mampu untuk menyaingi Filem Box Office dan Patut untuk ditonton
GSC Bandar Utama , Petaling Jaya Filem Laal Singh Chadda ditayangkan pertama kali kepada peminat dan penggiat Media . Selepas menyaksikan filemini rata rata telah berpuas hati daripada hasil yang dilakukan oleh Filem ini.
pertama kali saya melihat filem Lal Singh
Chadda (LSC) ini ialah persembahannya mengasyikkan, dan berisi falsafah tinggi,
yang diperkuat oleh lakonan mantap dipersembahkan oleh Amir Khan watak utama.
Meskipun bukan karya tulen, namun begitu ia antara contoh
terbaik jika mahu meniru dalam berkarya, tirulah yang baik/cemerlang, dan kalau
boleh, mencantikkannya atau lebih baik daripada karya asal!
Sungguhpun terasa agak sukar perlu mengingati filem asal,
Forrest Gump (FG) dari Hollywood pada 1994 di sepanjang durasi LSC, saya
seronok dibuai oleh lagu-lagu yang merdu melodinya (karya Pritam) seperti
Kahaani dan Main Ki Karan? (seolah-olah mengembalikan kegemilangan lagu-lagu
filem Hindi 1960-an, 1970-an dan lewat era 1990-an) dengan lirik yang puitis.
Selain itu, saya dapat melihat dengan ketara sinematografi
cemerlang (Satyajit Pande) yang bijak memanfaatkan keindahan alam semula jadi,
dan jelas mendengar penataan muzik (TanujTiku) yang berkesan.
Ia adalah Sebuah kisah yang mengisahkan tentang kehidupan luar biasa seorang lelaki yang bernama , 'Laal Singh Chaddha,' Dimana dari awal lahir beliau tidak boleh berjalan normal seperti orang lain namun semangat juang belioau yang tinggi mampu untuk harungi . Disamping ibunya banyak membantu beliau berjaya dalam hidupnya.
Filem 'Laal Singh Chaddha,' ini adalah penceritaan semula filem 'Forrest Gump' yang pernah
memenangi Anugerah Filem Terbaik Dunia ,
Namun Ia telah diterbitkan semula melalui lensa filem India
sejarah dan budaya moden. Filem ini menghimpunkan Aamir Khan, Pelakon Bintang Terkenal
Bolywood serta lakonan Lagaan, dan Kareena Kapoor Khan mampu untuk memberi kesan watak yang
jitu dalam filem ini , dengan gaya jenaka dan aksi yang menarik telah memberi keyakinan penonton.
Dengan zaman kanak-kanak yang dijaga dengan ikatan unik antara Laal dan ibunya, Kasih Sayang
kekeluargaan serta hormat menghormati dapat dilihat dalam filem ini.
berjaya mengatasi banyak rintangan cabaran didalam kehidupannya.
dia mengingatkan kita bahawa semua orang memiliki keistimewaan sendiri , walaupun
orang yang paling kita tidak suka. Ia mempunyai kejaibban teresendiri di dalam kehidpan laal
sehinggalah beliau menemui kehidupan yang sempurna dan bahagia dibabak akhir filem.
Ibu tercinta Chaddha. Menampilkan lagu termasuk 'Kahaani'
dan 'Main Ki Karan?,' 'Laal Singh
Chaddha’ akan ditayangkan secara teater di pawagam seluruh
dunia pada 11 Ogos.
‘Laal Singh Chaddha’ diterbitkan oleh Viacom 18 Studios,
Aamir Khan dan Kiran Rao, dengan kerjasama Paramount .
Comments
Post a Comment