Langkawi International Folding Bike Challenge 2022 Bakal Menarik Ramai Pelancong Ke Langkawi
KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya peminat aktiviti basikal lipat atau Folding Bike akan berpeluang berhimpun dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena " Langkawi International Folding Bike Challenge (LIFBC) 2022 " yang akan diadakan di Langkawi pada 16-18 September 2022.
Menurut Zainudin Kadir, CEO LTA Event Management , acara ini
yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni &
Budaya, Tourism Malaysia dan LADA.
“Kita menjangkakan lebih 1500 orang peserta bakal menyertai
acara ini yang melibatkan penyertaan daripada dalam negara dan juga dari luar
negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Sambutan yang menggalakkan
daripada peserta tempatan dan antarabangsa ini membuktikan bahawa aktiviti
basikal lipat ini berjaya menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi
selepas lebih dua tahun lumpuh akibat pendemik Covid-19,” kata Zainuddin Kadir.
Ini adalah antara Pereka untuk Basikal Lipak ini merekalah pencetus untuk menjadikan Malaysia salah satu tempat untuk pembuatan Basikal lipat ini.
Festival tiga hari ini melibatkan aktiviti seperti Fun Ride
30KM , Endurance 65KM, Pameran serta jualan. Hadiah bernilai lebih RM35,000
serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti peserta.
“ Setiap peserta akan mendapat baju jersey eksklusif LIFBC,
Pingat LIFBC, Sijil Penyertaan dan goodies bag. Selain berpeluang memenangi
hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta juga dapat menghayati keindahan
destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program ini diadakan seperti di
Pantai Cenang dan sekitarnya, “ kata Zainuddin Kadir.
Turut sama ditemuramah adalah Penyanyi Otai Terkenai Ito turut sama mengajak oarang ramai untuk datang ke Acara yang akan berlangsung di Langkawi nanti. Selain itu turut hadir memberi sokongan adalah penyanyi Irama Malaysia Terkenal Noraniza Idris .
Selain daripada itu beberapa lagi acara pelancongan bertaraf
antarabangsa akan turut mengisi kalender pelancongan Langkawi sehingga
penghujung tahun 2022 ini. Antaranya adalah Langkawi International Classic Car
Show dan juga acara Langkawi International Blues Rock ASEANA.
Penyertaan masih lagi terbuka dan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran
sila hubungi +0195553716 atau 019-2883716.
Comments
Post a Comment