PRODUK MADU TUALANG MEMPUNYAI KHASIAT YANG TINGGI DISAMPING DAPAT MENJAGA ALAM SEKITAR

18 Mei 2022 Damansara , Selangor Pelancaran Produk Madu Tualang Malaysia , Telah dilancarkan Oleh Pemilik Pengusaha Madu Tualang Terkenal Helmi Gimik , Beliau juga merupakan artis veteren terkenal tanah air. Ini adalah Produk belioau yang mempu untuk dipasarkan di Malaysia dan Seluruh Dunia. Produk Madu beliau mempunyai khasiat kualiti yang tinggi untuk kesihatan badan. 



Dalam hal ini, Health Treasure International Sdn Bhd (Health Treasure) merupakan syarikat yang menumpukan kepada produk makanan kesihatan yang membawa kebaikan kesihatan dengan nilai nutrisi yang tinggi.


Dalam masa yang sama , Health Treasure turut menghargai kelestarian alam sekitar, dan tanggungjawab sosial dalam usahanya ini. Ia akan menyokong mana-mana pihak yang mempunyai iltizam sedemikian. Ia berharap supaya Alam Sekitar ini harus dijaga oleh semua orang. 



Mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Health Treasure, Helmi Gimik, menyatakan pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Dr Ting Seng Ho, yang merupakan ahli Yayasan Bambusa.

Yayasan Bambusa telah melancarkan program baharunya, ‘Perhutanan Sosial’, iaitu program berasaskan komuniti yang memfokuskan kepada komuniti ‘Orang Asli’.

 ‘Perhutanan Sosial’ ada tiga objektif utama, iaitu:

 

i)                    pembasmian kemiskinan dengan melibatkan masyarakat yang tinggal di dalam, dan sekitar hutan. 

ii)                  memperkasa komuniti dengan meningkatkan kesedaran, pembinaan kapasiti, hak dan akses kepada tanah, dan sumber. 

iii)                memperbaik keadaan hutan dengan mengekalkan habitat flora dan fauna sedia ada, serta memulihkan keadaan hutan.


“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Perhutanan Sosial Yayasan Bambusa, salah satu bidang tumpuan kami ialah perlindungan dan pemeliharaan madu ‘tualang’ yang dihasilkan oleh lebah gergasi atau nama sainsnya, apis dorsata,” jelas Helmi.

Sarang Lebah yang diperolehi beliau adalah berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara . 




Turut Hadir di dalam Majlis tersebut adalah Rakan Artis Veteren , Pengasas Artis Veteren Haji Kamal, Krew Produk Madu Lebah Tualang,  serta Rakan rakan Media. 

Tambah Helmi, program tersebut diketuai Dr Ting bersama-sama pasukan penyelidik. Menerusi penyelidikan lapangan semasa Yayasan Bambusa mengenai inventori pokok di kawasan seluas 3,000 ekar, Health Treasure telah mengenal pasti lebih 500 pokok tualang (koompassia excels) yang merupakan spesies kayu yang penting disusun oleh pembalak kerana nilai komersialnya tinggi.

 


 “Lebah gergasi yang juga dikenali sebagai lebah tualang terancam akibat kehilangan habitat kerana pembalak menebang kayu ini dalam semua pembalakan hutan. Lebah gergasi hanya mahu berada di pokok Tualang untuk membuat sarangnya,” jelas Helmi lagi.


Dalam soal menghargai kelestarian alam sekitar, dan tanggungjawab sosialnya, Yayasan Bambusa yang diketuai Dr Ting memastikan pokok Tualang yang terancam dilindungi untuk lebah gergasi mendiami sarang mereka sebagai sumber makanan, dan juga menuai secara mampan.

 


 Dr Ting yang turut hadir dalam majlis prapelancaran ini, menjelaskan bahawa lebah gergasi juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai pendebunga di dalam hutan.

 


 “Lebah ini melaksanakan fungsi ekosistem yang penting dalam ekosistem yang diubah oleh manusia, dan semula jadi atau separa semula jadi, kerana ia pendebunga penting untuk kedua-dua tanaman, dan tumbuhan berbunga liar,” jelas beliau. Beliau menunjukkan "Slide Show" Gambar Sarang Madu Tualang tersebut. 


Secara ringkasnya, tambah Dr Ting, lebah mendebungakan tumbuhan kita, yang bermaksud mereka membawa debunga antara tumbuhan berlainan jantina untuk menyuburkannya, atau/malah antara bahagian berbeza tumbuhan yang sama, dan membantu tumbuhan membiak.

 


 “Lebah juga membantu tumbuhan untuk hidup dengan menghalang pembiakan dalaman. Semua ini merupakan peranan simbolik yang dimainkan oleh lebah, dan alam semula jadi,” katanya lagi.

 Jelas Dr Ting seterusnya, program ini bukan sahaja akan memastikan pokok tualang dilindungi untuk generasi akan datang, tetapi juga membenarkan lebah gergasi menghuni, dan menghasilkan ‘black gold’ hutan untuk tahun-tahun mendatang, dan memainkan peranan penting sebagai pendebunga di hutan sistem eko.

“Program ini akan menyokong komuniti Orang Asli dengan memberi mereka peluang pekerjaan sebagai pengumpul madu, seterusnya memperbaik jurang sosial ekonomi mereka,” tegas Dr Ting.

Beliau juga sempat mejawab beberapa soalan penting tentang Madu Tualang ini antaranya mengenai Kualiti Madu Lebah di Malaysia lebih bagus berbading Madu Lebah yang ada di Tanah Arab ini kerana Di Tanah Arab tidak mempunyai banyak Bunga dan Tumbuhan berbanding di Malaysia yang mempunyai iklim Khatulistiwa Hutan yang tebal. Ini Kerana Lebah memerlukan Proses debunga untuk manghasilkan Madu tersebut. 


Disamping itu beliau juga menjawab mengenai Madu tiruan yang banyak dijual di luar sana supaya kita Lebih Berhati hati memilih Madu yang Ali mempunyai banyak khasiat. Disamping menjaga keihatan dari membeli Nadu Tiruan yang tidak bermanfaat dan merbahayakan kesihatan kita. Ulas Beliau. 


Akhir kata, Health Treasure dan Yayasan Bambusa berharap daya usaha ini akan memangkinkan kelestarian salah satu khazanah negara, dan membantu meningkatkan pendapatan komuniti Orang Asli, Serta Usahawan baru selain memberikan pilihan yang sihat kepada para pengguna.


Helmi Gimik menunjukkan Produk Madu beliau kepada Media. 

Untuk Yang berminat dapatkan Madu beliau boleh Layari Page Facebook di link bawah 

https://www.facebook.com/Health-Treasure-103267318993811/

Serta no Tel : 018-929 1300








Comments