DEWI Mengorak Langkah kehadapan Melancarkan Jenama Nayli B Jewels , Produk emas Bertemakan Citarasa Malaysia

 

WISMA TRAX, CHAN SOW LIN : Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) telah memperkenalkan rekaan eksklusif barangan kemas berimej Malaysia menerusi Links of  Malaysia (LOM) dan Look Of Love (LOL) melalui platform pembuat barangan kemas, Nayli B Jewels yang telah berjaya  dilancarkan. Ia menarik ramai yang hadir antaranya duta duta dari Azerbaijan, Tajikistan dan Tongga , Serta Para Penggiat Media . 



Apa yang menarik pada kali ini Link Of Malaysia menerusi Nayli B Jewels Telah melancarkan  Rekaan eksklusif Produk emas . Iaitu memaparkan rekabentuk Gong, Wau, Bunga Raya, Stadium JDT dan apa sahaja yang melambangkan simbol dan imej Malaysia seperti manggis, durian dan sebagainya .


Jarang ada perhiasan wanita khususnya berasaskan emas ini mengambil lambang sejarah, warisan, keseniaan dan budaya Malaysia  sebagai rekaan mereka. Ini adalah salah satu produk yang akan menarik minat ramai orang , pelancong untuk membelinya dijadikan barangan kenangan untuk dibawa pulang ke negara mereka. 

“Untuk tempahan boleh siap antara tujuh hingga 14 hari tetapi ada beberapa rekaan sudah tersedia untuk dibeli.


Presiden MiTDA ,Dato Noor Zaleha telah merasmikan acara simbolik pelancaran ini

MiTDA amat berbangga dengan Nayli B Jewels yg telah berjaya memperkenalkan LOM. Satu pengenalan yg begitu unik,  kreatif dan mempunyai 'niche' produk dan pasaran yg berbeza dan tersendiri. Dalam masa yg sama kepakaran menghasilkan pelbagai reka bentuk emas bertemakan sebarang keperluan menurut kehendak pelanggan dan produk berkaitan pelancongan negara adalah satu usaha yg amat baik dan tepat pada masanya”-Presiden MiTDA ,Dato Noor Zaleha.

Berkaitan kolaborasi dengan sektor pelancongan, MiTDA menerusi Investment Tourism Association of Malaysia (ITAM), Rosmadi berkata MiTDA yang juga rakan strategik kepada MOTAC bertanggungjawab menarik seramai 30 juta pelancong ke negara ini.

 ” Jika seorang berbelanja sebanyak RM4k negara akan dapat hasil dari tourist receipts sebanyak RM120 bilion tidak termasuk dari spill over effect yang lain termasuk program emas yang dilancarkan semalam.




Alhamdulilah telah berjaya Dilancarkan oleh Ahli Kehormat Utama DEWI 


Turut hadir,  Dr Norbik Basha Idris(Pengerusi Ihsan Ifintech),  Datin Raskidah Ali, (CEO Ihsan iFintech/Pengerusi DEWI),  Dr Nor Saidatul Akmar, (CEO DEWI)   Dato' Seri Halim Ishak, (Pengerusi, Malaysia Community CareFoundation(MCCF)/Pengerusi,  

 Dato Seri Halim Ishak.  Datuk Azlie Abdul Hamid,(Presiden ITAM) Capt Mahadzir Tan Sri Mansor,(CEO ITAM),dan Puan Rozila Kamaruddin (Pengarah Bio Green Bamboo).




Juga hadir, Pengarah UK Gold Sdn Bhd yang juga Pengarah Program dan Keusahawanan UK Gold, Prof Dato’ Dr Azahari Othman yang juga dikenali sebagai Dr Luv dan Timbalan Presiden Malaysia International Development Association of Malaysia (MiTDA), Dato’ Rosmadi Ghazali.


”Di dalam sektor pelancongan pula, Links Of Malaysia (LOM) yang merupakan idea terulung Nayli B Jewels selain turut akan menonjolkan simbolik item-item pelancongan negara dalam bentuk emas, ianya akan dapat memberi nilai tambah yang lebih jitu dgn rancangan usahasama 'tripartite' untuk mewujudkan kesedaran terhadap simpanan emas, usahawan emas, pelaburan emas terutamanya secara digital dan memenuhi keperluan pematuhan shariah. Ini seterusnya mampu meningkatkan aktiviti ekonomi.


Orang ramai yang berminat untuk melihat produk emas ini bolehlah berkunjung ke alamat berikut :-

 Wisma Trax No 1 Jalan 5, off Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur.



Ataupun anda boleh Layari 

website https: //www.naylibjewels.com/ 

untuk mengetahui info lebih lanjut. 













 





 







Comments