Hasil Undian Pasukan Kejohanan Bola Keranjang Lelaki Peringkat Kebangsaan 2022

 Isnin 11 Mei 2022 Kuala Lumpur , Undian Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Kebangssan telah diadakan di Bangunan MABA , Jalan Hang Jebat , Kuala Lumpur baru baru ini.


Kejohanan ini adalah pertama  kali diadakan Selepas tempoh PKP yang lama sebelum ini ia tidak boleh diadakan kerana faktor Covid 19 yang melanda negara selama 2 Tahun. 
Buat Julung Kali ia diadakan semula Ia telah menarik 10 Pasukan terbaik dari seluruh Malaysia yang akan Mengikuti Kejohanan ini.


Format undian kali ini adalah ia dibahagikan kepada 2 Kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kumpulan A Telah diletakkan 3 Pasukan iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan ATM, Manakala Kumpulan B Pasukan diletakkan adalah Sabah dan Terengganu . 5 Pasukan lagi akan diundi oleh ahli majlis tertinggi MABA serta rakan strategik. 


Beberapa Pengurus pasukan datang mendengar Taklimat dan Undian.




5 Pasukan lagi disiapkan di kertas kemudian diketakkan kedalam Bola ditutup dan diundi oleh setiap Ahli yang hadir. Hasil dari undian yang dijalankan telah meletakkan kesemua pasukan yang bertanding di dalam Kumpulan A dan B .


Hasil Keputusan undian adalah. Kumpulan A Pasukan yang diundi adalah dari Negeri Sembilan , ATM, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Ia adalah antara Kumpulan yang Sukar.

Manakala Kumpulan B Pasukan yang diletakkan adalah dari Sabah, Terengganu , Putrajaya , PDRM dan Johor. Keseluruhan yang hadir melihat sendiri hasil keputusan undian amat mengembirakan. 



Sidang Media diadakan dan mereka menanyakan arah tuju kejoihanan tersebut, dan Ia dijawab dengan sempurna untuk mengetengahkan bakat baru dalam sukan Bola Keranjang ini. Dimana telah diketahui Malaysia Mempunyai Pemain Bola Keranjang berbakat, Sehingga kini Pasukan Malaysia dikenali antara Pasukan Terkuat di Asia. Selain Filifina , Korea Selatan dan China . Kejohanan ini juga penanda aras untuk Pemilihan Pemain Terbaik Ke sukan Asia dan Sea Games akan datang. 



Kejohanan pada kali ini akan diadakan di luar Lembah Klang , Iaitu ia akan diadakan di Pulau Pinang . Negeri Pualau Pinang akan menjadi tuan Ruamh pada kali ini. Ia akan menyaksikan peminat yang berada di utara Semenanjung Malaysia akan dapat melihat dengan lebih dekat kejohanan ini, Selain ia juga akan disiarkan oleh Astro Arena 801 dan 802. 
Semoga kejohanan ini mampu untuk melahirkan lebih ramai pemain Bola Keranjang yang berbakat di Malaysia. 

















 

Comments