Sidang Media Konsert Aplogia Search & Awie








Gabungan Search & Awie di Konsert Apologia

                                  SEARCH dengan penyanyi Wings, Dato' Awie bukanlah asing. 

Pada 1998, Awie tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah
Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya, Amy yang berundur manakala Awie sudah empat
tahun meninggalkan Wings.

Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitari. Kid (gitar) dan Fauzi (bass)
menjadikan album Bikin Wilayah antara yang terbaik la tunut menang kategori Album Rock
Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999.


Kini, selepas 22 tahun, Awie 'kembali" bersama Search. Kali ini dalam persembahan Konsert
Apologia di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2020 jam 9 malam.



Bersama anggota terkini Search iaitu Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka
bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegar.



 Awie pula cukup teruja dengan persembahan yang akan diadakan nanti. Awie dikenali sebagai penghibur serba-boleh, pastinya Konsert Apologia ini dinanti-nanti peminat mereka.



Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan lagu popular
Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.

Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada hekas pemain dram
Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 lalu.

Dalam segmen itu, Search dan Awie akan menyampaikan lagu Hello Kawan yang dipetik dari
album ketujuh Search, Gema Di Timur Jauh.


Tiket untuk konsert anjuran Imaginex ini berharga RM299 (VIP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap
pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster dan CD seta poster untuk
pembelian tiket Rock Zone.

Maklumat mengenai tiket sila layari : www.ilasotickets.com. 

Telefon hotline : 03-2170 6333



Mereka juga ada menjual beberapa barangan cerderahati Sempena Konsert Apologia. Antaranya Baju T-Shirt yang cantik dan menarik ini pastinya anda mahukan dan ada pelbagai lagi. 


Baju ini ditaja oleh Home Of Champions terima kasih diucapkan terdapat pelbagai lagi produk yang dijual oleh mereka. Anda boleh layari di link bawah untuk melihat lebih banyak produk yang mereka jual. 

Facebook : JDT Concept Store
Instagram : homeofchampions.store







Comments