Pertubuhan integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia mendermakan 76,920 Topeng perlindungan penafasan dan Perubatan ke china .


PERTUBUHAN INTEGRITI NICKY LIOW MALAYSIA & YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA TELAH
MENDERMAKAN SEBANYAK 76,920 TOPENG PERLINDUNGAN PERNAFASAN DAN BEKALAN
PERUBATAN KEPADA MANGSA COVID-19 DICHINA TURUT DISERTAI OLEH SELEBRITI TEMPATAN. 






KUALA LUMPUR, 26 Februari 2020 - Dato' Seri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti
Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan
salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan
sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan
penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. Tujuan sumbangan ini diadakan
adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.





Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui
helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan
telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field
Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang
telah tersenarai. Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato' Seri Liow Soon Hee dan
pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar
topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan
perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan. 



Begitu ramai para media turut sama membantu untuk memberi sokongan menyebarkan berita program ini. 







Menurut Dato' Seri Liow Soon Hee, "Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda
kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di
China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian
bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan
mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan
perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta
menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk
terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan
terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk
beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk
turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama,
dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan".




Dato' Seri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat
niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang
lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak
terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan
pada usia 27 tahun di dalam pelbagal industri, termasuk platform e-Commerce, platform Intemet mudah alih, reka bentukrangkalan, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau uptuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.


Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Llow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Seri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysla, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kul Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM90,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.



Kemudian sesi tandatangan MOU perjanjian untuk program Sumbangan "Ambulance" kepada badan kemasyarakatan di kawasan Puchong serta di sekitarnya. " Ambulance" ini nanti akan digunakan oleh masyarakat disekitar ini jika berlaku kecemasan. Sumbangan ini amat bermakna kepada masyarakat. 



Pertubuhan integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia mendermakan lagi RM 142,000 untuk membeli sebuah ambulance untuk kegunaan masyarakat. 





Program telah berjaya mendapat sokongan dan kesepakatan bagi membantu pelbagai program kemasyarakatan di malaysia serta bantuan kepada mangsa Covid 19 ke Wuhan. 



Datuk Seri Nicky Liow dan pertubuhan serta yayasan winner emperor dunia dan rakan rakan sama sama melaungkan semangat ayuh bangun semula Wuhan, Kami ada bersamamu, 


Excella Chong antara Artis yang hadir untuk memberi sokongan program ini. 

Semoga program ini berjaya memberi impak kepada masyarakat supaya hidup saling bantu membantu. 
























Comments