Pra-Pelancaran Anugerah " Asia Islamic Finance & Invesment Industry Awards"
AFIA merupakan inisiatif kolaborasi kerjasama antara Malaysia Islamic Invesment Chamber of Commerce (MIICC) dan IIUM bahagian Institute of Islamic Banking & Finance serta Markamarie Malaysia Sdb Bhd .
Program ini bertujuan untuk mengukuhkan para usahawan yang ada dengan memberi dana suntikkan untuk melaksanakan produk mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Datin Raskidah Ali merupakan Pengarah Malaysia Islamic Invesment Chamber of Commerce ( MIICC )
Ismail H. Semin dan Franka Soeria #Markamarie Global
#Markamarie menyasarkan untuk menjadi pintu gerbang buat fesyen sopan di Asia dan juga sebagai Hub Fesyen dan Industru Kreatif.
#Markamarie memilki pejabat di Indonesia dan Turki sebuah negara islam terbesar di dunia dari segi pengalaman mereka yang ada ia mampu menyediakan perkhidmatan lengkap buat jenama fesyen untuk dijenamakan di peringkat dunia . supaya mampu menakluk pasaran global.
Pada tahun 2020 ini #Markamarie akan membuka pejabat di Malaysia, India diikuti oleh Amerika Syarikat pada tahun 2021.
Dengan adanya pejabat #Markamarie dipelbagai negara ia mampu untuk memasarkan Pereka/Jenama Fesyen malaysia untuk berdaya saing. bersama jenama terkemuka dunia yang lain seperti Dior,Lv, Camel.
Ia juga mampu melibatkan kegiatan aktif Pereka/Jenama Fesyen dari Malaysia untuk Projek Global.
Prof Dr. Salina Kassim
Dean of Islamic IIUM Institute of Islamic Banking and Finance ( IIiBF )
Dengan adanya kerjasama ini ia dapat melancarkan lagi Program AFIA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Bulan September 2020.
AFIA adalah salah satu "platform" untuk memberi anugerah kepada penggiat industri pelaburan islamik terbaik di serata Asia. Sisitem pemarkahan yang menilai kedua dua faktor kualitatif dan kuantitatif diambil kira untuk menentukan siapkah pemenang pada Anugera AFIA ini.
Pengisian Acara AFIA 2020
Malam Anugerah
"Meet Your Invester" Sesi bertemu dengan pelabur/penaja dari pelbagai produk islamik yang mengikuti acara ini. termasuklah produk jenama dan pereka fesyen baru. Ia dapat memberi peluang untuk mendapatkan bantuan di dalam AFIA 2020.
"Meet The Buyers" Pereka dan Jenama Fesyen boleh bertemu dengan pembeli dalam sesi tertutup dalam AFIA 2020 untuk mempromosikan lagi Produk jenama mereka untuk berdaya saing.
Sesi penyerahan MOU telah selesai diadakan dalam Pra- Pelancaran ini.
Dengan kolaborasi antara MIICC, IIiBF, dan #Markamarie ia adalah penghubung titik pemisah dia antara " Modest Fashion" dengan Sektor Kewangan serta Pelaburan. "Modest Fashion" merupakan satu sektor ekonomi islamik yang penting. Sebab itu ia memerlukan pelabur yang berwibawa untuk mengembangkan ideal dengan melahirkan lebih ramai "Modest Fashion di Malaysia.
Dengan Pra- Pelancaran acara AFIA 2020 ini. Ia mampu membantu dan megembangkan industri Kreatif kepelbagaian produk khursusnya untuk "Modest Fashion" di Malaysia. Serta dapat mengembangkan pelbagai lagi Produk yang berkaitan dengan ia. Di dalam AFIA 2020 juga akan adanya pameran yang menarik serta sesi bertemu pelabur dan pembeli buat ushawan yang terpilih.
Comments
Post a Comment