MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA (FGS) 2026 ✨ MERAIKAN KECEMERLANGAN BAKAT DAN KREATIVITI GENERASI PELAPIS NEGARA
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2026 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), telah menganjurkan Majlis Perasmian Festival Gema Siswa (FGS) ASWARA 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC.
YBhg. Datuk Syafinaz Selamat, Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA;
YBhg. Datuk 'Ainu Sham binti Haji Ramli, Rektor ASWARA;
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah ASWARA;
Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC;
Pengurusan Tertinggi ASWARA; dan
Rakan-rakan strategik ASWARA.
Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah pengiktirafan kepada warga pendidik sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen mereka dalam memperkasa pendidikan seni negara. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Pendidik Multimedia, Anugerah Penulis Guru, Anugerah Guru Seni Visual Harapan dan Anugerah Aspirasi Teater.
Selesai majlis perasmian, para tetamu kehormat berpeluang meninjau ruang pameran, bengkel dan sesi masterclass yang mengetengahkan kreativiti, inovasi serta kecemerlangan bakat warga ASWARA.1) Forum dan Bual Bicara
Sesi wacana dan perkongsian perspektif bersama tokoh serta pengamal industri kreatif.
2) Pertandingan dan Anugerah
Platform yang meraikan kecemerlangan, mencungkil bakat baharu dan mengiktiraf pencapaian dalam pelbagai bidang seni.
3) Masterclass dan Bengkel
Sesi pembelajaran intensif yang menggabungkan pengetahuan akademik dengan pengalaman industri.
4) Rakaman dan Tayangan
Medium apresiasi karya visual dan perfileman yang menampilkan kreativiti serta inovasi pelajar.
5) Persembahan Pentas
Pentas yang mengetengahkan kepelbagaian ekspresi seni dan keunggulan bakat persembahan.
6) Pameran dan Jualan
Ruang memperkasakan keusahawanan kreatif menerusi pameran karya, produk seni, kraf dan hasil inovasi warga ASWARA.
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
"Festival Gema Siswa bukan sekadar platform untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pelajar, malah menjadi wadah penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, berfikiran kritis serta mampu menyesuaikan diri dengan keperluan industri kreatif yang sentiasa berkembang. Melalui penglibatan secara langsung dalam penganjuran festival ini, para pelajar berpeluang memperoleh pengalaman berharga yang melengkapi pembelajaran akademik mereka."
"Pada masa yang sama, festival ini mencerminkan komitmen ASWARA dalam melahirkan generasi penggiat seni yang bukan sahaja cemerlang dalam penghasilan karya, malah memiliki jati diri, profesionalisme dan apresiasi yang tinggi terhadap seni, budaya dan warisan negara. Bakat membuka peluang, manakala ilmu, disiplin dan keberanian menjadi asas kepada kecemerlangan yang berkekalan."
REKTOR AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
"Festival Gema Siswa ASWARA 2026 bukan sekadar platform untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pelajar, malah menjadi medan pembelajaran yang memperkukuh kemahiran kepimpinan, profesionalisme dan daya saing. Melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aspek penganjuran, para pelajar berpeluang menterjemahkan ilmu yang dipelajari kepada pengalaman sebenar, sekali gus membentuk jati diri serta kesiapsiagaan mereka sebagai penggiat seni masa hadapan."
Persembahan istimewa ini menghimpunkan barisan alumni dan bakat kelahiran ASWARA seperti Hazra Dollah, Azizulhaqim, Azzam Sham, Jamilah Abu Bakar, Lia Aziz dan Ude Wahid bersama kumpulan Harmontradiloka serta para pelajar ASWARA dalam menghidupkan kembali karya-karya ikonik yang telah mewarnai landskap muzik tanah air dan mengangkat warisan seni Malaysia ke persada antarabangsa.






Comments
Post a Comment