PELANCARAN TRAILER DRAMA PENDEK JALAN PULANG DAN MUZIK VIDEO OST “TERUS YAKIN” PERKASA BAKAT BARU SAUDARA BARU PERKIM DALAM BIDANG SENI KREATIF

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2026 – Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Trailer Drama Pendek Jalan Pulang dan Muzik Video Lagu Tema Asal (OST), Terus Yakin, telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Global Unity Network (UNITY), Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran PERKIM Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama Masterpeace Entertainment ini merupakan salah satu usaha kreatif dalam menyampaikan mesej dakwah melalui medium drama dan muzik. Karya Jalan Pulang mengangkat kisah perjalanan kehidupan, pencarian hidayah dan harapan dalam menemukan jalan kembali kepada agama.


Di sebalik penghasilan karya ini, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz, Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea yang menjadi antara asas kepada pembangunan projek ini. Idea tersebut kemudiannya diterjemahkan menjadi sebuah karya audio visual melalui usaha dan komitmen pasukan produksi yang merealisasikannya sehingga terhasilnya trailer drama pendek Jalan Pulang serta muzik video OST Terus Yakin.


Lebih bermakna, alhamdulillah, barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini kebanyakannya terdiri daripada saudara baharu. Penglibatan mereka bukan sahaja menyerlahkan bakat dan kebolehan dalam bidang seni, malah memberikan nilai tersendiri kepada karya yang mengangkat tema perjalanan mengenali Islam dan pencarian hidayah.


Majlis ini turut menjadi ruang untuk memperkenalkan hasil usaha kreatif tersebut kepada masyarakat serta membuka peluang kepada khalayak untuk menghayati mesej yang ingin disampaikan menerusi penceritaan dan muzik jelas Brother Shah. 


PERKIM Cawangan Datuk Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengamal media, wartawan dan wakil media yang hadir bagi membuat liputan serta memberikan sokongan terhadap majlis pelancaran ini.


Penghargaan turut diberikan kepada pihak Masterpeace Entertainment, barisan pelakon, pasukan produksi, tetamu jemputan serta semua individu yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kepakaran dalam menjayakan projek ini.



Semoga Jalan Pulang dan Terus Yakin menjadi medium dakwah yang mampu menyentuh hati, menyampaikan mesej kebaikan dan memberikan inspirasi kepada masyarakat tentang perjalanan menuju hidayah. Mudah-mudahan usaha ini menjadi langkah bermakna dalam mengembangkan dakwah melalui industri kreatif, insya-Allah. 



Trailer Rasmi Drama Pendek Jalan Pulang 


Jangan Lupa Saksikan Drama Pendek Jalan Pulang di You Tube Chanel PerkimMD

 Sebuah kisah/ Sebuah harapan/ Satu jalan pulang


#PERKIMDatukKeramat #JalanPulang #TerusYakin #MasterpeaceEntertainment #PelancaranJalanPulang #SaudaraBaharu #DakwahKreatif #LensaMedia

Comments