Perasmian Kempen ”Pukat Hantu” dan Promosi Filem Last Dive mengangkat kesedaran mengenai penjagaan Hidupan Marin

 Serdang 31 Ogos 2026, Telah diadakan Perasmian Kempen ”Pukat Hantu : Ancaman Senyap Hidupan Marin ” Bersama mempromosikan Filem ”Last Dive” Sempena dengan Pemeran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2026. Ia telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Wendy Wong, Selaku pengarah filem, Dato Nancy Foo Penerbit, Miss Sandra Lim Pelakon dan Model, Dato' Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YB Datuk Chan Foong Hin Timbalan menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Rakan- rakan media dan para tetamu yang hadir. Kebetulan juga ia diadakan pada tarikh Sambutan Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 2026. Dimana Tarikh tersebut amat bermakna dengan pengujung penuh sesak yang hadir Sempena Hari (MAHA) Tahun 2026. 


Filem ”Last Dive” merupakan Filem Tempatan Malaysia arahan Datin Dr Wendy Wong, dimana beliau sangat dekat dengan Dunia Jabatan Perikanan Malaysia. Filem ini telah mengangkat tema pemeliharaan ekosistem Marin serta turut mengetengahkan kegiatan larangan aktiviti pengeboman ikan dan Mencuri terumbu karang. Dimana ia boleh merosakkan ekosistem Marin di Lautan. 


Program dimulakan dengan Acara Perkongsian mengenai Filem ”Last Dive” oleh Datin Dr Wendy Wong selaku pengarah, Dato Nancy Foo sebagai pengarah dan miss Sandra Lim, Sebagai pelakon utama dalam filem ini.  



Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin hadir diiringi oleh jemputan kehormat dan para tetamu  begitu meriah di dalam Dewan Utama acara. Sebelum acara bermula para jemputan kehormat dan Tetamu dihiburkan oleh sebuah persembahan silat oleh Adik-adik peringkat umur remaja dari Seni Silat Gayong Nagaputra. Mereka begitu tangkas dengan aksi lincah menepis dan menangkis dalam persembahan silat tersebut. 


Acara diteruskan pula dengan tayangan Filem trailer dan di sebalik tabir Filem Last Dive. Filem Last Dive ini dibarisi oleh Pelakon-Pelakon Handalan Malaysia. Filem ini juga telah Terpilih untuk mewakili Malaysia di Festival Cannes pada 14 Mei 2026 yang lalu.Pada akan datang Filem ini akan ditayangkan di Pawagam terpilih  pada bulan Disember 2026 di seluruh negara. 


Acara kemudian diteruskan dengan  Perasmian Kempen "Pukat Hantu : Ancaman Senyap Hidupan Marin". Dimana Kempen ini adalah insiatif penting bagi memulihara ekosistem Lautan di Malaysia daripada Ancaman Pukat yang terbiar. Sbab itu ia dikenali sebagai pukat hantu.

Program kesedaran dan operasi pembersihan pukat hantu sering kali dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama pihak berkepentingan lain seperti NGO, operator pelancongan, nelayan dan komuniti tempatan. 

video

Hasil daripada usaha yang dilaksanakan secara berterusan, sejumlah 23, 658 kilogram pukat hantu telah berjaya dibawa keluar dari perairan Malaysia bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2022 sehingga 2026. Jumlah tersebut melibatkan operasi pembersihan di perairan perikanan Malaysia terutama di pulau – pulau taman laut sekaligus mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kelestarian hidupan dan ekosistem marin negara terus terpelihara untuk generasi akan datang.


Gimik Pelancaran dengan Jayanya telah disempurnakakan oleh Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin serta para jemputan kehormat. Bersama sempena Promosi  Filem Dive yang akan ditayangkan tak lama lagi.


Jangan lupa untuk saksikan filem yang mengangkat berkenaan Alam Sekitar hidupan Marin yang punah disebabkan tangan-tangan manusia ini amat penting dalam memberi kesedaran berguna . Filem last Dive ini akan menemui penonton di Pawagam pada bulan Disember 2026 jadi jangan lepaskan peluang.

Comments