DRAMA PERANG BERSEJARAH "PELURU SENJA (THE GHOST & GUN)" BAKAL MENEMUI PENONTON MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026
KUALA LUMPUR 22 Ogos 2026 - Filem drama perang bersejarah PELURU SENJA (The Ghost & the Gun) yang berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada tahun 1948 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
Diterbitkan oleh Ghost and Gun Limited dengan kerjasama FilmsPositive, LDNO Produc- tions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, filem ini diarahkan oleh pengarah kelahi- ran India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari. Peluru Senja merupakan sebuah kolaborasi penerbitan antarabangsa yang menghimpunkan tenaga kreatif serta kru produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh dan United Kingdom.
Berlatar belakangkan suasana bergolak selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, filem ini mengisahkan seorang anggota tentera Melayu dan seorang askar British yang ditinggalkan selepas pengunduran tentera British dari Tanah Melayu. Terpaksa mengetepikan perbezaan dan trauma peperangan yang menghantui mereka, kedua-duanya berganding bahu memper- tahankan sebuah kampung daripada ancaman kumpulan pemberontak bersenjata. Filem ini mengetengahkan kisah keberanian, pengorbanan dan semangat kemanusiaan yang menyentuh hati.
Barisan pelakon diterajui oleh pelakon Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah, Fabian Loo (Rain Town, One Cent Thief) dan Hazman Al-Idrus, bersama pelakon terkenal In- donesia Asmara Abigail (Stone Turtle, Impetigore) serta pelakon Amerika Syarikat Brett Tutor (Monsters of Man).
Filem ini akan diedarkan di Malaysia dan Brunei oleh MSK Cinemas Sdn Bhd, antara syarikat pengedaran filem bebas yang berpengalaman di Malaysia, yang turut dilantik sebagai Pengedar Rasmi Pawagam Malaysia & Brunei bagi Peluru Senja.
Puan Saratah Sivalingam, Pengarah MSK Cinemas Sdn Bhd, berkata: "Kami amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan sebagai Pengedar Rasmi Pawagam Malaysia & Brunei bagi Peluru Senja. Apa yang menarik perhatian kami ialah jalan cerita yang begitu kuat, latar Malaysia yang autentik serta nilai emosi yang mendalam, digabung- kan dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa yang sememangnya wajar dinikmati di layar perak. Kami komited untuk memastikan filem ini menerima pelancaran pawagam yang mantap melalui kempen pemasaran yang menyeluruh, kerjasama strategik serta pelbagai inisiatif promosi kreatif bagi membawa filem ini kepada penonton di seluruh Malaysia dan Brunei."
Bagi menyokong tayangan di pawagam seluruh negara, MSK Cinemas akan melaksanakan kempen pemasaran dan publisiti secara menyeluruh melibatkan televisyen, media cetak, media digital, media sosial, kerjasama bersama pencipta kandungan (influencer), rakan strategik, promosi pawagam serta penganjuran Gala Premiere sebelum tayangan rasmi filem ini. Datuk Kamil Othman mantan Pengarah Finas juga Ada hadir pada malam Tayangan Gala Filem ini dan menyokong hasil karya Penerbit MSK.
PELURU SENJA (The Ghost & the Gun) bakal menemui penonton secara eksklusif di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026. Semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan menonton Filem Patriotik ini. TAYANGAN SELURUH PAWAGAM MALAYSIA TERPILIH
28 OGOS 2026
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :
MSK Cinemas Sdn Bhd
Pengedar Rasmi
Pawagam Malaysia & Brunei
E-mel: sales@mskfilm.com.my
Telefon: +603-7971 1507
TEASER FILEM PELURU SENJA


Comments
Post a Comment