Pelancaran Trailer Filem The Keris
Petaling Jaya 11 Mei 2026 Majlis Pelancaran Filem The Keris telah diadakan di sebuah pawagam disini, Filem The Keris sebenarnya Ia diangkat Semula dari Legasi Hikayat Hang Tuah & Semangat Pahlawan’.
Penerbitnya, Dr. Matheyalagan berkata, idea menghasilkan The Keris tercetus apabila beliau mendapati generasi muda semakin kurang mengenali tokoh sejarah seperti Hang Tuah dan para sahabatnya.
“Saya mendapati bahawa kisah sejarah seperti hikayat Hang Tuah yang begitu cukup terkenal semakin dilupakan. Boleh dikatakan segenlintir anak muda hari ini tidak lagi mengenali Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.
“Maka, ia telah mencetuskan idea dalam diri saya untuk menghasilkan The Keris bagi membangkitkan semula sejarah lama serta seni persilatan yang wajar diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.
The Keris mengangkat kisah mengenai seorang anggota mafia luar negara yang mahu mendapatkan Keris Tempa Melaka milik Hang Tuah yang dikatakan memiliki kelebihan sendiri dan disimpan seorang individu.
Bagi Dr. Matheyalagan, filem terbaharu arahan Viknes Perrabu itu mempunyai kelainan tersendiri apabila ia menggabungkan dua latar masa yang berbeza iaitu era moden dan zaman Hang Tuah.
Ujar beliau lagi, filem terbitan syarikatnya sendiri iaitu Mathe’s Production House Sdn. Bhd. turut mengetengahkan aksi persilatan, seni bela diri moden serta pelbagai adegan lagak ngeri yang mendebarkan.
Walaupun berbangsa India, Dr. Matheyalagan berkata, ia bukanlah satu halangan besar kerana melihat penghasilan karya bertemakan budaya Melayu sebagai satu tanggungjawab dan penghormatan kepada warisan negara.
Ujar beliau, membesar dan bergaul rapat dengan masyarakat Melayu sejak kecil ternyata telah membentuk kecintaannya terhadap budaya dan nilai-nilai masyarakat Melayu.
“Saya sememangnya membesar bersama rakan-rakan Melayu. Malah, saya selalu makan, minum dan tinggal bersama mereka di kampung.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga dapat menghasilkan sebuah karya yang mengangkat budaya serta semangat pahlawan Melayu yang bersejarah,” ujarnya yang mengakui menggunakan duit sendiri tanpa mendapat sebarang dana luar atau FINAS.
Sementara itu, Viknes dia bersetuju untuk mengarahkan filem The Keris kerana mahu cuba meneroka industri perfileman Melayu setelah 15 tahun berkecimpung dalam menghasilkan filem-filem Tamil.
Ujarnya, The Keris bermula daripada keyakinan terhadap kekuatan skrip dan jalan ceritanya yang unik kerana sarat dengan elemen budaya, sejarah dan identiti bangsa.“Apabila saya melihat skrip dan jalan cerita filem ini, saya merasakan ia mempunyai potensi yang besar. Kami melakukan banyak kajian mengenai senjata keris, sejarahnya serta adat dan budaya Melayu yang merangkumi pelbagai istilah dan nilai tradisi,” katanya.
“Filem ini menampilkan gabungan kisah legenda Melayu, khususnya pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, yang diolah dalam latar kehidupan moden bagi memberikan nafas baharu kepada cerita berunsurkan warisan Melayu,” jelasnya.
Ujarnya lagi, pasukan produksi telah menjalankan penyelidikan secara menyeluruh sebelum menghasilkan skrip akhir, manakala proses pembangunan skrip turut melibatkan Datuk Zulkiflie M. Osman.
Mengenai cabaran pula, Viknes mengakui bahawa mengarahkan filem Melayu buat pertama kali memberikan cabaran tersendiri, khususnya dari aspek komunikasi.
“Selama ini saya biasa bekerja dalam persekitaran filem Tamil dan memberi penerangan dalam bahasa Tamil.
“Untuk The Keris, komunikasi dalam bahasa Melayu sedikit mencabar terutama ketika memberi arahan atau penjelasan kepada pasukan produksi dan pelakon,” jelasnya.
Namun begitu, beliau bersyukur kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Raja Azrey yang banyak membantu melancarkan proses penggambaran.
Menampilkan barisan pelakon seperti Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan, The Keris akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula
2 JULAI 2026
Janngan Lupa untuk saksikan Filem The Keris dipawagam nanti.


Comments
Post a Comment