Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi dengan 10 Penyanyi Hebat Era 80an & 90an di Saloma Bistro KL
Kuala Lumpur 26 Februari 2026 , Di Saloma Bistro Syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 ini.
“Rata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini.
Artis yang ditampilkan pada kali ini adalah Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.
Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk menjayakan konsert ini. “Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat,” katanya.
Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk program konsert ini.
“Tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula,” katanya Mubarak.
“Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang dihulurkan. Pemberian duit raya pula akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.
“Semoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anakanak seni ini menjelang sambutan Aidilfitri, manakala pemberian duit raya pula akan memberikan kegembiraan buat anakanak yatim ini,” katanya lagi.
Jangan Lupa Untuk Hadirkan diri pada konsert Ijmal yang akan diadakan pada 14 March 2026 ini di Lokasi Saloma Bistro. Anda boleh dapatkan tiket segera melalui no iklan tertera. 



Comments
Post a Comment