Sambutan Ulang Tahun Shell Malaysia ke-135 Tahun Dengan Tawaran Hadiah RM1.35 Juta Untuk Dimenangi
Damansara 9 Februari 2026 Shell Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-135 tahun ini dengan memperkenalkan komitmen baharu untuk terus menghargai rakyat Malaysia menerusi pelbagai tawaran bernilai tinggi di bawah kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’. Bersempena detik bersejarah ini, Shell akan menawarkan ganjaran keseluruhan bernilai RM1.35 juta melalui satu peraduan peringkat nasional yang direka untuk memperkaya pengalaman harian pelanggan.
Bermula sebagai pedagang minyak tanah lebih satu abad lalu, Shell Malaysia kini berkembang menjadi penyedia penyelesaian mobiliti yang merangkumi bahan api, pelincir, kemudahan runcit serta sokongan kepada ekosistem kenderaan elektrik. Inovasi berterusan menjadi teras kepada evolusi Shell di Malaysia, sejajar dengan perubahan keperluan pengguna dan landskap automotif semasa.
Antara penawaran utama Shell termasuk Shell FuelSave yang membantu pemandu bergerak lebih jauh dengan setiap isian, serta Shell V-Power yang membawakan teknologi prestasi tinggi hasil kerjasama inovasi jangka panjang bersama pasukan perlumbaan Scuderia Ferrari HP.
Dalam masa yang sama, Shell Malaysia turut memperluas rangkaian pengecas kenderaan elektrik berprestasi tinggi menerusi Shell Recharge bagi menyokong pertumbuhan komuniti EV tempatan. Pelincir Shell pula terus mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan dipercayai pengguna global, apabila diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 dunia selama 19 tahun berturut-turut.
Selain bahan api, Shell Malaysia turut memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan di stesen melalui Shell Select dan Shell Café. Kedua-dua konsep ini direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden, menawarkan kopi bergaya barista, pastri yang baru dibakar serta pelbagai pilihan makanan, minuman dan barangan keperluan harian untuk pelanggan yang sentiasa bergerak.
Sempena ulang tahun ke-135 ini, Shell Select akan memperkenalkan rangkaian tawaran nilai terbaik baharu di seluruh negara. Inisiatif ini diterajui menerusi kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta’ yang menampilkan konsep “buka & menang”.
Peraduan ini akan berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026, dengan hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500, serta pelbagai ganjaran eksklusif lain. Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan, memberikan lebih banyak peluang untuk pelanggan membawa pulang hadiah dengan setiap pembelian botol Water2Go.
Menurut Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, ulang tahun ke-135 ini bukan sekadar meraikan sejarah, tetapi turut menjadi simbol komitmen Shell untuk terus maju bersama pelanggan dan komuniti. Kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’ mencerminkan usaha berterusan Shell dalam menawarkan nilai sebenar, kemudahan dan pengalaman yang menyokong perjalanan harian rakyat Malaysia, hari ini dan pada masa hadapan.
Selepas 135 tahun berkembang di Malaysia, Shell kekal komited untuk terus berinovasi, memperluaskan penawaran serta meningkatkan pengalaman pelanggan sejajar dengan perubahan keperluan pasaran. Pendekatan ini dilihat sebagai asas kepada hubungan jangka panjang yang lebih kukuh dengan komuniti di seluruh negara, sambil menyokong mobiliti yang lebih baik untuk generasi akan datang.






Comments
Post a Comment