SARONG OPEN FOURS 2025: SEMANGAT KESUKANAN DAN BUDAYA PERPADUAN DI PADANG LAWN BOWLS
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 — Suasana santai tetapi penuh semangat memenuhi Kompleks Sukan Bukit Kiara apabila acara istimewa Wednesday Night Special Social Game: Sarong Open Fours 2025 berlangsung dengan penuh warna dan budaya.
Program anjuran Kelab Bowls PJ (BPJ) dengan sokongan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) ini berjaya menggabungkan semangat kesukanan dengan elemen budaya tempatan melalui tema unik — “Rentak Kampung”.
Peserta tampil kreatif dalam busana sarong dan pakaian tradisional, menjadikan padang Lawn Bowls seolah-olah pesta budaya kampung moden yang penuh keceriaan dan tawa.Majlis diketuai oleh Pengarah Program Puan Sheila dan turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting termasuk:
Tuan Syed Zainal Abidin, Setiausaha Asia Lawn Bowls
Tuan Ariff Fadli, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM)
Tuan Zaini, Pegawai Kemasyarakatan MBPJ
Encik Terry Hanaffi Bejiod, Pengurus Kelab Boling Padang MBPJ
Coach Rashidi, Para Selangor
Tuan Wanjit Maslani, Presiden Kelab Bowls PJ
Menurut Tuan Wanjit Maslani, “Sarong bukan sekadar kain, tetapi simbol akar budaya yang mengikat kita sebagai satu keluarga dari kampung ke padang, dari tradisi ke prestasi.”Idea asal pertandingan ini dicetuskan oleh Tuan Ezwan (Wanjit), yang ingin membawa kelainan serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam suasana santai dan kekeluargaan.
Kesemua peserta diraikan dengan hadiah dan penghargaan, menandakan semangat kekitaan dan perpaduan yang menjadi teras acara ini.
Kejohanan kali ini dimenangi oleh Team C, pasukan Timbalan Presiden DPPUM sendiri, dengan keputusan (17 – 4).
Senarai Ahli Pasukan Juara:
Vice: Tuan Fahmi ( RTD KL )
Skip: Tuan Ariff Fadli ( Bowls PJ )
“Event ini sangat menarik kerana menampilkan kelainan budaya dan kekeluargaan. Ia bukan sekadar sukan, tetapi ruang untuk mempererat silaturahim antara masyarakat pelbagai latar. Tahniah kepada Kelab Bowls PJ atas usaha menganjurkan acara penuh semangat ini. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan bagi menyemai perpaduan dan semangat kesukanan di kalangan komuniti Lawn Bowls dan masyarakat umum.”
Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kelab Bowls PJ atas inisiatif memperkenalkan konsep Santai Budaya Dalam Sukan. Program seperti ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah memperkukuh jaringan sosial dan ekonomi komuniti tempatan.















Comments
Post a Comment