Peluang anda Kerjaya, Kursus dibiayai sepenuhnya oleh Nexpert Academy bagi Memperkasa Bakat Bumiputera Dalam Bidang Teknologi dan Kecerdasan Buatan Ai
Kuala Lumpur, Malaysia - 20 November 2025- - Inisiatif pembiayaan pendidikan oleh Yayasan Peneraju telah diperkenalkan pada bulan Mac dan April 2025 lepas telah menjadi pemangkin penting dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor berteknologi bernilai tinggi.
Pendaftaran pengambilan dijangka ditutup pada Disember 2025, Ketika ini program telah melatih ramai profesional dalam bidang Artificial Intelligence (Al), Machine Learning (ML), Cyber security, kepada pelajar Bumiputera berusia 16 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang telah mengikuti latihan Networking dan Cloud Computing - melalui kursus ini ia tepah menggerakkan transformasi ekonomi digital negara.Walaupun inisiatif ini akan ditutup dalam pengambilan pelajar , Namun permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka. Peserta yang lulus akan diberi elaun ketika dalam kursus pembelanjaran sehingga tamat pengajian oleh Nexperts Academy.
Skim pembiayaan ini menawarkan mekanisme yang amat digalakkan peserta, termasuk 0% bayaran balik untuk pakej (Silver-tier) apabila syarat dipenuhi. Bagi Kursus yang mempunyai peperiksaan, pembiayaan juga tidak perlu membayar balik. Dengan syarat pesertan harus mencapai kehadiran ditetapkan dan lulus peperiksaan.Bagi kursus tanpa peperiksaan pula, pembiayaan akan bertukar kepada pembiayaan tanpa bayaran balik setelah peserta menamatkan keseluruhan kursus. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi Yayasan Peneraju.
Sebagai salah satu penyedia latihan yang dilantik (ALTI), Nexperts Academy Sdn. Bhd. Dimana ia dah lama beroperasi di Petaling Jaya, Ia merupakan antara institusi yang menawarkan kursus berfokus industri di bawah inisiatif ini, selain universiti dan penyedia latihan lain. Peserta boleh bebas memilih kursus yang diminati sebelum memohon pembiayaan melalui Yayasan Peneraju.
Malaysia pada hari ini permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang Cloud Computing, Networking, Al, Keselamatan Siber dan analitik data terus meningkat pesat dijangka ramai yang mencari pekerja dalam bidang ini. Sebelum ini Banyak syarikat melaporkan Kewujudan peluang pekerjaan namun kekurangan bakat mahir tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut. Disamping itu juga telah berlaku risiko serangan digital semakin meningkat, menjadikan sektor keselamatan siber berada pada tahap paling kritikal. Sbab itu amat penting syarikat dan kegunaan teknoligi hari ini amat memerlukan pekerja yang mahir dari anak tempatan.
Nexperts Academy diwujudkan untuk melatih peserta dalam Certified Etnical Hacker (CEH), kursus keselamatan siber terkemuka dunia yang diktiraf oleh EC-Council. Kursus ini memberi pendedahan mengenai teknik serangan sebenar, membolehkan peserta berfikir bagaimana untuk mengatasib penggodam bagi mengukuhkan pertahanan organisasi di dalam bempelanjaran yang ditawarkan nanti.n
Sebelum ini beberapa syarikat tempatan dilaporkan telah menjadi mangsa serangan ransomware, termasuk sebuah syarikat yang kehilangan data operasi sepenuhnya sebelum penyerang menuntut bayaran tebusan dalam bentuk mata wang kripto. Dengan situasi ini perlunya lebih ramai untuk melahirkan tenaga pekerja profesional keselamatan siber Bumiputera yang bersistem dan terlatih.Tawaran Pembelanjaran keselamatan siber, Network & Multicloud Bootcamp oleh Nexperts Academy merupakan antara kursus paling popular di bawah pembiayaan Yayasan Peneraju. Pembelanjaran Kursus untuk peserta yang bermula dari sifar, bootcamp ini membolehkan mereka memperoleh dua pensijilan antarabangsa CompTIA (Network+ dan Cloud+) serta Microsoft Certified Azure Associate.
Gabungan tiga pensijilan antarabangsa profesional ini membuka pelbagai peluang kerjaya kepada peserta , termasuk "IT Support, Network Engineer, Helpdesk Engineer," selain kearah peranan lebih tinggi seperti "Cloud Engineer, Network Engineer Level 2 or System Administrator".Pensijilan ini turut menjadi laluan kerjaya alternatif tanpa memerlukan diploma atau ijazah dalam bidang IT, menjadikannya pilihan utama peserta baharu dan pertengahan kerjaya. Pembelanjaran kursus yang dibangunkan adalah selaras dengan keperluan industri pada hari ini.
Pada masa yang sama, pertumbuhan data dan penggunaan aplikasi moden yang kerap menjadikan pusat data tradisional Menjadi semakin mahal dan kompleks, mendorong lebih banyak organisasi beralih kepada penggunaan cloud. Peralihan ini melonjakkan permintaan terhadap jurutera cloud terlatih serta menjadikan pensijilan ini amat penting dalam proses transformasi digital negara.
Sepanjang program, peserta akan didedahkan dengan latihan industri dan simulasi dunia sebenar pekerjaan . Bagi memastikan kesiapsiagaan memasuki pasaran kerja. Pendekatan ini bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah membuka peluang kepada bentuk pekerjaan fleksibel seperti freelancing dan konsultansi.
Bootcamp Al & Machine Learning yang ditawarkan Nexperts Academy turut tersenarai antara kursus paling tinggi permohonan. Peserta akan mempelajari teknik analisis data, automasi dan pembangunan penyelesaian berskala kecil dan besar yang boleh diaplikasikan terus dalam pekerjaan dunia sebenar.Latihan ini merangkumi kemahiran moden seperti pembangunan automasi, pemahaman model Al dan pembinaan sistem yang mampu membuat keputusan berdasarkan input pengguna. Namun, Al hanya berfungsi mengikut parameter diluluskan pengguna seperti ditetapkan oleh Al Developer.
Melalui Pembelanjaran kursus pembelanjaran Bootcamp Al & Machine Learning Ramai peserta bukan dalam bidang IT merasakan kemahiran automasi mereka dapat meningkatkan prestasi kerja harian ,mempercepatkan tugasan dan meningkatkan ketepatan produktiviti. Ada juga golongan suri rumah yang ingin memulakan perniagaan kecil, misalnya, menggunakan teknik analisis data untuk menilai trend pasaran, membaca ulasan produk dan mengenal pasti produk berpotensi tinggi , Mereka juga boleh berjaya dengan kursus pembelanjaran ini memudahkan peluang membentuk kreativiti baharu bagi peluang pendapatan tambahan.
"Kenapa jadi basic kalau boleh jadi premium?"
Beliau percaya pendedaharn kepada teknologi membolehkan individu menjadi lebih produktif, kreatif dan bernilai dalam pasaran kerja moden hari ini . Bagi tenaga pekerja profesional IT yang tidak memiliki pensijilan, program ini merupakan peluang untuk keluar daripada perangkap kerjaya, memandangkan ramai yang kekal ditahap sama walaupun berpengalaman. Adanya kursus ini dapat menambahkan dan memudahkan pekerjaan seharian mereka disamping dapat menambahkan skill baru dan terkini .
Menurut Nazreen, pensijilan industri juga dapat membuka laluan kepada kenaikan pangkat, tawaran kerja baharu dan gaji lebih tinggi -faktor utama sesuai untuk penyertaan peserta dewasa dan pertengahan kerjaya dalam program ini.
Beliau berkata, "Ramai Bumiputera mempunyai potensi besar, tetapi tidak mempunyai akses kepada pensijilan teknologi bertaraf tinggi dan global. Inisiatif ini telah membuka pintu kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan penting pekerjaan industri di Malaysia dan seluruh dunia pada masa ini”.
Tambah beliau, "Dengan inisiatif Yayasan Peneraju membiayai sepenuhnya peserta yang lulus , Ia juga mampu melatih peserta dan membantu mereka memasuki kerjaya yang dapat mengubah taraf hidup, serta pendapatan pada masa depan keluarga mereka."
CEO Nexperts Academy, Vaheed, turut menegaskan kepentingan pembangunan bakat Bumiputera dalam pertumbuhan ekonomi digital negara:"Malaysia's digital economy cannot grow without a strong pipeline of skilled Bumiputera talent.Our goal is simple - to turn students into certified professionals who are job-ready, industry-relevant, and capable of contributing to high-income tech sectors. This initiative by YayasanPeneraju is not just about training; it's about building a future workforce that uplifts families,strengthens communities, and powers Malaysia's progress towards an Al-driven nation."
Sebagai penutup program selama lapan bulan ini, media turut dijemput bertemu peserta yang telah menamatkan latihan. Beberapa Alumni lepasan kursus turut berkongsi kisah kejayaan mereka . Dimana bagaimana kerjaya mereka telah beralih ke sektor IT dan dapat meningkatkan kemahiran teknikal mereka dengan menerima tawaran kerja baharu lebih profesional dan berdaya saing . Lepasan kursus ini telah mandapat impak yang terbaik dalam kehidupan kerjaya mereka dan mengubah diri mereka ke hadapan bersama dapat memajukan negara Malaysia tercinta.
Maklumat dan Penerangan Kursus yang ditawarkan :
Kursus Ini fokus pada keselamatan siber dengan pendekatan penggodaman etika("ethical hacking").
Kandungan: Merangkumi teknik seperti reconnaissance, pindaian, eksploitasi sistem; pengurusan serangan malware; social engineering; DoS; hacking web,wireless, dan awan; kriptografi & pertahanan keselamatan; penyediaan untuk peperiksaan CEH.
Tempoh & Struktur: Umumnya berlangsung selama 5 hari melalui latihan teoridan praktikal (makmal) dengan simulasi serangan nyata.
Pensijilan: Persediaan untuk peperiksaan CEH (Certified Ethical Hacker).
Kelayakan & Syarat Kewangan: Sebahagian daripada program yang ditaja olehYayasan Peneraju melalui Nexperts Academy (Silver Package) untuk Bumiputera.
Network & Multi-Cloud Bootcamp
Bootcamp intensif 6 minggu untuk pemula IT. Menggabungkan kemahiran rangkaian asas + pengkomputeran awan (cloud), terutama fokus kepada Microsoft Azure.
Kandungan Utama: Asas rangkaian & konfigurasi; virtualisasi; penyimpanan &penyebaran awan; penyelesaian multi-cloud; pengurusan Azure (identiti,governance, infra); persiapan peperiksaan Network+, Cloud+, dan AZ-104 (AzureAdministrator).
Mod/Tempoh: Bootcamp penuh (rapid) 6 minggu.
Pensijilan: Tamat bootcamp, peserta bersedia untuk lulus peperiksaan: CompTIANetwork+, CompTIA Cloud+, dan Microsoft Certified - Azure AdministratorAssociate (AZ-104).
Kursus berfokus kepada pengkomputeran awan (cloud) dan infrastru ktur awan moden. Ditaja oleh Yayasan Peneraju melalui Nexperts Grants. (
Objektif Pembelajaran: Peserta akan memahami seni bina awan, model penyebaran awan, konsep virtualization, keselamatan awan, pemulihan bencana (disaster recovery), kepatuhan, serta automasi awan.
Peranan / Peluang Kerjaya: Peserta dilatih supaya bersedia untuk peranan seperti jejurus sokongan awan (cloud support) atau pentadbir awan junior.
Permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 15 Disember 2025.
Maklumat kursus Nexperts Academy boleh disemak di Website Khas :
manakala laman rasmi akademi boleh dilayari di
Maklumat dan Permohonan serta ada sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi
emeil :
enquiry@nexpertsacademy.com
No WhatsApp :
+60 11 1221 6870/ +60 12 809 6872
Kredit Gambar by megatzreview




Comments
Post a Comment