Sementa, Klang 6 Jun 2024, Rakan Strategik dan Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide telah mengungjungi Lawatan ke Tapak Agrotani Pertanian, Perikanan dan Ternakkan bersama Pemilik Ladang Datuk Murad di Perepat, Sementa, Klang semalam. Bersama dalam lawatan ini adalah Ustaz Abdul Rahim Pengurus Maahad Tahfiz di sementa, Klang. Lawatan tapak tanah ini diadakan adalah bagi melihat sendiri dengan lebih dekat . Kawasan Tapak Tanah yang akan dibangunkan oleh Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide bersama rakan Strategik.

Ini adalah salah satu usaha Kerjasama sedang giat dilakukan di bawah Seketeriat Ekonomi Agrotani KEAW. Kerjasama ini melibatkan tanah seluas 100 ekar dan 26 ekar di dalam geran sedang sedia untuk diusahakan bersama dalam Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide tak lama lagi.

Di dalam Kertas Kerja Cadangan akan diadakan satu EXPO Karnival Agro-Pertanian bersama Pasukan Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Sekitar bulan Disember 2025 nanti di tanah ini.

Di maklumkan mengenai Program Karnival ini akan dihebahkan seluruh Malaysia amnya dan dunia umumnya. Karnival ini adalah amat penting bagi memberi kesedaran mengenai Pertanian, Perikanan dan Penternakkan kecil kecilan dan Perladangan secara besar besaran perlu diberi perhatian. Ia juga amat penting bagi mengajak masyarakat, golongan Pelajar IPT, IPTS, Sekolah untuk sama sama menjayakan program Agro-Pertanian ini. Program Agro Pertanian ini juga amat penting sebagai usaha untuk (Food Security) jika berlaku kekurangan makanan dalam negara. Ia adalah usaha untuk keterjaminan sumber bekalan makanan untuk rakyat Malaysia mengcukupi serta dunia pada masa ini.


Bersama dengan ini Seketeriat Ekonomi Asian Worldwide Biro Bahagian Agro PPT akan terus berperanan penting bersama Rakan Strategik akan mengerakkan usaha ini bermula dari Pertanian, Pertenakkan, Perikanan berskala kecil dari rumah, sehingga ke skala berkelompok dan Seterusnya memajukan ia secara Perladangan besar besaran di tanah lebih 100 ekar ini. Semoga wujudnya Kawasan Agro-Pertanian ini kita akan dapat banyak manfaatnya bersama dia dalam Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide. Serta dapat membantu memberi peluang pekerjaan dan mebangunkan bersama Ekonomi di Malaysia.

Sementara itu Usaha Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide dalam perancangan juga dalam sektor Perniagaan, dengan membawa usahawan usahawan hadir bersama dalam Program Karnival Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Sempena Menyambut bulan Kemerdekaan yang akan diadakan sehari pada 22 Ogos 2025 di Shaftbury Mall Putrajaya. Semua dijemput bersama menghidupkan Karnival ini disamping sama sama bersatu bagi menguatkan ekonomi bersama. Akan ada pelbagai acara akan diadakan pada hari tersebut dan akan diperincikan. Disamping itu juga akan diadakan juga Acara Gema Selawat dan Martabatkan Al Quran Sempena ambang Merdeka di Menara TRX pada 29 September 2025. Program ini penting bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan serta program berselawat dan membaca Al Quran besar besaran.

Kemudian Program terbesar adalah akan diadakan Pameran Artifak Rasullullah dan Forum Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide pertama di Dewan Sivik MBPJ, Selama 5 hari bermula dari tarikh 3 September 2025 bersamaab 11 Rabiulawal 1447 Hijrah sehingga 7 September 2025 bersamaan 15 Rabiulawal 1447 Hijrah.
Program selama 5 hari ini Sempena bagi mengingati sambutan tarikh Maulidur Rasul hari kelahiran Nabi Muhammad s.w.t. Didalam acara ini juga akan mengumpulkan delegasi dari pelbagai negara dan tempatan akan hadir berserta Forum, pendidikan, perniagaan, anugerah, pameran dan Gema Selawat dan martabatkan Al Quran serta pelbagai aktiviti lain. Usaha ini adalah amat penting bagi kita bersama meraikan hari yang Mulia ini. Perincian program akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Semoga di dalam Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide ini kita semua dapat disatukan bersama dalam pelbagai usaha program yang baik akan dijalankan serta mendapat manfaat bersama. Usaha ini adalah bagi memastikan kekuatan Ekonomi, Kekeluargaan, persaudaraan dan Ilmu untuk kita sama memperolehinya. Semoga segala usaha ini dapat kita Bina bersama.
Berhubung dengan maklumat Info, Program dan kerjasama bolehlah hubungi Seketeriat Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide di :
Comments
Post a Comment