KINI SAH SEBAGAI FRANCAIS, JENAMA PENDIDIKAN YELAOSHR SASAR 300 CAWANGAN BAHARU SELURUH NEGARA DAN TEMPA NAMA DALAM REKOD ASEAN DISAMPING BERSAMA MEMBANTU MAAHAD TAHFIZ .
PETALING JAYA, 23 Julai 2025 – Sektor pendidikan Malaysia hari ini menerima satu anjakan yang bermakna apabila YelaoShr secara rasmi mengorak langkah menjadi jenama francais berlesen, dengan penyertaan seramai 66 pemegang francais baharu dari seluruh negara. Langkah ini menandakan evolusi YelaoShr daripada penyedia pendidikan awal kanak-kanak tempatan kepada sebuah model perniagaan terancang dan berskala, yang membuka lebih banyak peluang penyertaan dalam bidang pendidikan awal di Malaysia.
Sebelum majlis perasmian ia dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Adiff bin Fadhli , dari Presiden Seketeriat Ekonomi Asian Worldwide dengan penuh semangat dan didengarkan di seluruh dewan ” verry Powerfull”. Jelas Ketua dan pengasas Yelaoshr. Dr. David Yap Terpegun dengan bacaan doa tersebut.
Empat entiti utama menjadi tunjang kepada ekosistem YelaoShr: YelaoShr Education Group Sdn. Bhd. menawarkan program bahasa dan komunikasi yang diiktiraf Kementerian Pendidikan; YelaoShr Education Academy Sdn. Bhd. memacu latihan guru dan inisiatif TVET; Sribhagawan Innovation Group Sdn. Bhd. membangunkan teknologi pendidikan eksklusif; manakala ClassOne Elearning Education Sdn. Bhd. membolehkan pembelajaran digital merentas sempadan. Kesemua entiti ini memperkukuh matlamat YelaoShr untuk mengembangkan cawangan mereka kepada 300 pusat pembelajaran di seluruh negara menjelang 2028, serta mengintai peluang ke pasaran serantau seperti Thailand, Kemboja dan Singapura.
Menurut Datuk Radzali, “Francais yang dilaksanakan dengan betul bukan sekadar model perniagaan, tetapi ia mampu menjana impak sosial secara meluas. Bila kita francaiskan satu idea yang baik, kita gandakan manfaatnya, bukan sekadar keuntungan, tetapi juga dari segi capaian, kebolehcapaian dan peluang.” Beliau menambah, “Inilah yang kita saksikan di majlis YelaoShr hari ini.”
Sempena majlis bersejarah ini, YelaoShr turut melancarkan buku bertajuk Pendidikan Finland yang Layak Diterima oleh Setiap Kanak-Kanak Malaysia: Pengalaman Pembelajaran YelaoShr, sebuah naskhah yang mengetengahkan gabungan kekuatan nilai-nilai dan amalan pendidikan Finland serta kerangka Pendidikan Madani 2025–2035 sebagai visi bersama ke arah pembelajaran berteraskan kanak-kanak. Buku ini mencerminkan pendekatan YelaoShr dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seimbang antara struktur dan imaginasi, antara pencapaian akademik dan kecerdasan emosi.“Kami sedang membina sebuah ekosistem di mana setiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkembang dan berjaya tanpa mengira latar belakang,” ujar Pengasas Bersama, Dr. Carol Yap Yee Yee.
Sementara itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. David Yap Wing Fai menyatakan, “Francais bukan sekadar model perniagaan bagi kami, ia adalah misi pemberdayaan.Kami mahu memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya para wanita, pendidik dan golongan profesional muda untuk memiliki dan mengendalikan pusat pendidikan dengan sistem yang terbukti, disokong sepenuhnya oleh ibu pejabat, dan memberi impak yang bermakna.”
Beliau turut berkongsi aspirasi YelaoShr untuk mencapai 300 cawangan menjelang 2028. “Bukan semata-mata angka, tetapi 300 kisah kejayaan yang mengubah kehidupan.”Bagi memastikan kesinambungan bakat yang mampan, majlis tersebut turut menyaksikan YelaoShr memeterai Memorandum Persefahaman dengan Universiti HELP. Kerjasama ini membuka ruang kepada pelajar HELP menjalani latihan industri di pusat YelaoShr dan menawarkan laluan peralihan kepada graduan cemerlang untuk menyertai program pembangunan francais dengan bimbingan, latihan serta sokongan permulaan. Perjanjian ini turut merangkumi anugerah tahunan tajaan khas bagi membantu graduan terbaik memulakan pusat YelaoShr mereka sendiri, satu komitmen jitu untuk melahirkan usahawan pendidikan dari peringkat akar umbi.
Diasaskan oleh pasangan Dr. David dan Dr. Carol, YelaoShr telah berkembang daripada program pengayaan bahasa dari rumah kepada platform pendidikan nasional dengan lebih 60 cawangan diseluruh Malaysia. Dengan prinsip akses saksama, kelestarian dan inovasi sebagai teras, misi syarikat ini sentiasa jelas: merapatkan jurang pembelajaran, memupuk potensi, dan membuka laluan kejayaan kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang. Pendekatan ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk pemerkasaan wanita dan pendidikan inklusif sebagai prinsip utama.
Majlis ini turut mencipta satu detik membanggakan apabila YelaoShr menerima dua pengiktirafan daripada Rekod ASEAN: pertama, sebagai penyedia program pembelajaran peribadi one-on-one dalam tiga bahasa dengan jumlah graduan tertinggi di Malaysia; dan kedua, bagi pemeteraian bilangan memorandum francais terbanyak dalam sehari oleh jenama pendidikan peribadi Malaysia yang diiktiraf HundrED sebagai berpotensi untuk diperluaskan ke peringkat global. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan YelaoShr di rantau ini, malah membuktikan kekuatan modelnya dalam skala rentas sempadan.Tema tahun ini, "Transforming Education, Empowering the future” membuktikan komitmen Yelaoshr dalam memperkasa pendidikan dari sudut akademik dan rohani.
Tambahan pula, sumbangan Yelaoshr kepada pendidikan tahfiz ini memberi isyarat jelas bahawa pembangunan modal insan islam harus diterapkan juga bersama dalam landskap moden harini.
Sebagai lambang tanggungjawab sosial dan komitmen terhadap komuniti setempat, YelaoShr turut menyumbangkan lebih RM30,000 kepada tiga organisasi: Maahad Tahfiz Istiqomatuddin Sementa Klang, Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah di Melaka, dan Dual Blessing Bhd., sebuah NGO yang menyokong golongan kelainan upaya. Sumbangan ini mencerminkan nilai teras YelaoShr iaitu membina jenama yang bukan sahaja menyokong pemegang francais, tetapi juga masyarakat sekitar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program dan peluang francais YelaoShr, yang telah berjaya diiktiraf oleh Asean Awards layari&




Comments
Post a Comment