Pelancaran Jenama Stads ( Pemakaian yang lebih selesa dan unggul ) Akan berada di Aeon Terpilih di Malaysia Pada Julai ini

 Cheras 23 Jun 2024 Pasaraya AEON Mall Cheras Selatan telah melancarkan Jenama Pakaian STADS siri ke-2 . Pelancaran tersebut telah dihadiri oleh "Influncer" pengamal media dan blogger. Acara tersebut disajikan dengan pertunjukkan "Fashion Show" Pakaian terbaru keluaran jenama STADS dimana ia akan berada di pasaran Pasaraya Aeon terpilih di Malaysia.

Pelbagai Pakaian terbaru keluaran STADS ini telah direka khas oleh Miptah Alfarizhi , Iaitu pereka pakaian terkenal dari Bandung, Indonesia. Pakaian tersebut sesuai untuk aktiviti lasak, riadah, "Healing" dan pakaian harian. Ia didatangkan dengan rekabentuk "design" , warna yang menarik. Serta yang paling penting kualiti kainnya bersesuaian dengan suasana iklim di Malaysia. Kini Aktiviti Lasak, "hiking", telah menjadi minat kebanyakkan orang muda di Malaysia . Ia bersesuaian sekali dengan pakaian keluaran jenama STADS ini berada di pasaran tempatan. 







Untuk Pakaian yang dikeluarkan kali ini lebih tertumpu kepada keselesaan dan kemudahan kepada pemakai. fesyen ini ditenun dengan rumit ke dalam gaya hidup bandar, memainkan peranan elemen penting dan dinamik perhubungan.  Fesyen mempengaruhi bagaimana individu mengekspresikan diri mereka, menyesuaikan diri dengan aktiviti mereka, dan menampilkan diri mereka dalam pelbagai latar sosial. Dekat masa yang sama, pilihan gaya hidup, latar belakang budaya, dan nilai peribadi sangat mempengaruhi fesyen keutamaan, menjadikan hubungan antara kedua-dua  yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berkembang.




Antara konsep yang menarik dibawa oleh jenama STADS dimana pakaian tersebut boleh dilipat dan dijadikan Beg sandang . Ia menarik untuk dicuba dimana amat sekali bersesuaian bila kita berada di dalam suasana "Camping" & "Hiking". dari sebuah Baju atau seluar ia boleh bertukar kepada Beg . Amat Fleksibel kegunaannya . 



Di sebelah Kanan berpakaian Baju Hitam adalah Miptah Alfarizhi yang merupakan pereka bagi pakaian STADS ini. Ideal beliau untuk menjadikan pakaian tersebut untuk pelbagai kegunaan amat kreatif sekali. 



Pakaian Jenama STADS akan berada di pasaran AEON Mall terpilih di Malaysia pada bulan Julai ini.

Antara Lokasi 15 Pasaraya AEON terpilih adalah di sekitar 

Lembah Klang :
AEON Setia Alam
AEON Cheras Selatan
AEON Taman Maluri
AEON Bukit Tinggi 
AEON Mid Valley
AEON Shah Alam
AEON Bandar Utama 
AEON IOI Puchong

Di Luar Lembah Klang :
AEON Nilai
AEON Seremban 2
AEON Bukit Mertajam
AEON Melaka
AEON Queensbay
AEON Tebrau City

Jika anda berminat juga boleh layari di website Official






Comments