Ampang 5 Mei 2024 Satu Majlis Rumah Terbuka telah didakan di Hotel Barakah . Ia dianjurkan oleh Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERSEKA) dan Koperasi Norras Berhad Bersama Datin Dr. Raskidah. Dimana Di mana PERSEKA akan mengadakan satu majlis untuk menghimpunkan ke semua pereka, pemakai juga petukang barang kemas tidak kira orang perseorangan atau pun dari mana mana premis perniagaan barang kemas yang ada di seluruh Malaysia. Majlis ini di nama kan JOM (JEWELS OF MALAYSIA). Lokasi majlis ini akan di adakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
JOM (JEWELS OF MALAYSIA) adalah inisiatif daripada PERSEKA yang akan mengiftirafkan pereka, pemakai dan penukang barang kemas di sepanjang pertandingan yang akan diadakan. Tarikh pertandingan ini akan bermula dari Jun 2024 dan akan berakhir dan mengiktiraf pemenang pada Disember 2024.
Terdapat 3 Objektif Utama untuk pereka dalam Pertandingan JOM (JEWELS OF MALAYSIA).
Pertama dapat mendorong Pereka Tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan Identiti Malaysia dalam reka bentuk barang kemas mereka. Dapat memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan warisan Malaysia dalam karya epik mereka. Melaui Pertandingn ini juga ia mampu memupuk semangat kolaborasi antara pereka dengan pertukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas yang bermutu tinggi serta melambangkan lagi warisan budaya Malaysia dengan cemerlang di persada pasaran antarabangsa.
Objektif kedua untuk Pertukang Ia dapat memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada pertukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka dalam membuat barang kemas. Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti pertukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia.
Objektif ketiga adalah untuk Si Pemakai idimana ia meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai barang kemas buatan tempatan. Ia dapat menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan. Untuk Si Pemakai ia dapat mewujudkan lebih banyak pilihan dan mutu yang terbaik untuk mereka. Ia juga dapat menghubungkan nilai-nilai dan makna falsafah tersendiri setiap reka bentuk yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada pemakai.
Pertandingan JOM (JEWELS OF MALAYSIA) dianjurkan adalah adalah untuk meluaskan fokus kepada pereka, petukang, dan pemakai, bahawasanya anugerah bakat ini dapat memberi impak yang lebih menyeluruh terhadap perkembangan industri barang kemas di Malaysia serta dapat menghayati terhadap identiti budaya negara yang penuh unik dan kepelbagaian adab resam.
JOM (JEWELS OF MALAYSIA) ini akan berlangsung dari Jun 2024 hingga Disember 2024, dimana JOM (JEWELS OF MALAYSIA) akan menjelajah sebanyak 5 buah negeri bermula dari Johor Bahru permulaan seterunya Destinasi ke-2 di Kuantan.Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke-4 Sabah dan yang terakhir Destinasi ke-5 di Kuching,Sarawak. Sebelum peserta akan layak ke peringkat terakhir di Kuala Lumpur.
JOM (JEWELS OF MALAYSIA) ini akan mengadakan pertandingan akhir di Kuala Lumpur untuk mengikthiraf pemenang petukang,pereka dan pemakai barang kemas. Anugerah akhir ini akan berlangsung selama 2 hari. Dimana pihak pertandingan JOM (JEWELS OF MALAYSIA) akan menawarkan serta memanggil syarikat yang berkaitan dengan barang kemas seperti Habib Jewel, Poh Kong, Wah Chan, Angsa Emas, Pandorra dan lain lain untuk mengambil bahagian kerjasama di lot pameran. Kita hanya menawarkan 10 lot pameran sahaja dengan syarat-syarat tertentu dimana ia adalah terhad. Pada waktu ini jugalah sesuai untuk mereka memperkenalkan jenama mereka kerana JOM (JEWELS OF MALAYSIA) pastinya dapat menarik ramai pengunjung serta peserta. Ini adalah peluang penting untuk syarikat keluaran emas untuk bersama dalam JOM (JEWELS OF MALAYSIA).
Terma dan syarat pertandingan ini adalah :1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas
2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia
3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan untuk kos kepelbagaian
4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan ini.
Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang berminat untuk menyertai JOM (JEWELS OF MALAYSIA) 2024.
Untuk pertandingan ini JOM (JEWELS OF MALAYSIA) 2024 akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada perigkat akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. Manakala 3 pemenang utama terbaik akan ditawarkan 4 hari kursus pendek di “University Arts London”. Untuk 7 pemenang lain yang tidak berjaya akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.

Kesimpulannya pertandingan ini dijangka dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam industri barang kemas Malaysia, serta menyediakan platform terbaik untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka. Dengan memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas. Diharapkan juga dengan hadiah yang menarik dapat pengalaman di London bagi pemenang utama mampu memberi inspirasi dan penghargaan yang lebih besar terhadap kecemerlangan dalam industri barang kemas Malaysia di peringkat antarabangsa. Dengan melalui pertandingan JOM (JEWELS OF MALAYSIA) 2024 ini dengan yakin dapat menyumbangkan kepada pembangunan industri kreatif negara serta menyelamatkan dan memperkasakan warisan budaya yang kaya unik di Malaysia.
Untuk maklumat lebh lanjut mengenai pertandingan JOM (JEWELS OF MALAYSIA) 2024 yang akan dipaparkan nanti anda bolehlah sentiasa melihat dan melayari link website dibawah:
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Koperasi Norras Berhad, anda juga boleh hubungi di talian
+60192245967 ( Datin Dr. Raskidah Ali )
atau layari aplikasi ‘ x ‘ ( Twitter ) : @PERSEKA__
untuk yang ingin datang ke pejabat dan melihat barang kemas keluaran Koperasi Norras Berhad anda bolehlah ke alamat :
Trishya & Co / Koperasi Norras Berhad
G-2 & G-12, Ground Floor, Saville@Melawati,
No.2, Jalan Kolam Air, Desa Melawati,
53100, Kuala Lumpur, Malaysia
Comments
Post a Comment