Band Cokelat yang Popular dengan lagunya di Malaysia Selepas 14 Tahun kini Kembali membuat Konsert
Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album
dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat.
Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.
Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
nama "Kikan" mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia”.
persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.
"Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang”
"Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun," katanya.
Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing)
Segitiga RM159 (Premium Standing)
Luka Lama RM139 (Free Standing)
Jauh RM285 (Premium Seating)
Pergi RM235 (Standart Seating)
VIP RM380 (PER PAX) (8 PAX PER ROOM)
boleh didapati menerusi
https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia
Comments
Post a Comment