Rangkuman Filem Syaitan Munafik Selepas 15 Tahun kini Ditayangkan di Pawagam
Filem :
Syaitan Munafik
Pengarah:
Majid Salleh
Pelakon:
Arwah Ashraf Sinclair, Maidin, Tessa Mariska, Dea Lestari, Ruminah Sidek, Faizal Hussein,
Nabil Ahmad, Erry Putra, Airis Yasmin, Dato Jalaluddin Hassan, A.Galak, Ramly Saleh,
Reedzwan, Erin CTJ, Adila, Affie Rania, Siti Khadijah, Wom UG14.
Penerbit:
Saluran:
Tarikh Tayangan:
Sinopsis:
SYAITAN MUNAFIK mengisahkan cerita orang-orang tua dengan terjadi insiden dimana
satu kumpulan pelajar lndonesia bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan.
Setelah mengambil teman mereka di ‘airport’ dan meneruskan perjalanan ke selatan
tanahair untuk ke destinasi yang dirancang. Demi mengejar cita-cita untuk membuat
‘research’ tentang seorang dukun tua yang sebenarnya adalah raja segala saka dan
ilmu hitam. Di dalam perantauan, mereka telah menempuh berbagai halangan serta
rintangan dari awal perjalanan hinggalah tiba dikaki gunung tersebut.
Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku, kenderaan yang mereka
naiki itu terus melunsur kesatu tempat dan terus menyusuri ke alam ghaib
tanpa mereka sedari perubahan dua alam itu. (Dari reality ke fantasi) Home stay atau
Chalet Maideen lokasi pertama yang mereka jumpa dan terus berhenti untuk berehat
sementara menunggu siang sebelum meneruskan misi mereka. Dengan tiba-tiba
munculnya pemunya chalet tersebut, bersama seorang pembantu yang dipanggil Apek
terus menyantuni mereka berlima.
peristiwa-peristiwa dan kejadian aneh ditambah pula dengan cerita-cerita dan
kejadian lampau yang terjadi di chalet tersebut. Bermula dengan kisah hantu kubur
yang mengisahkan seorang wanita mati akibat menuntut ilmu hitam demi memuaskan
dendam hati, bersangkutan pula dengan hantu raya yang mencari tuan baru untuk
menjaganya dengan sering menunggu wanita-wanita yang ingin bersalin untuk habuannya.
Dengan gangguan makhluk toyol dilokasi penginapan mereka sering mengganggu
sehingga terjadilah perbalahan antara mereka. Disebabkan itu kemudian ada cubaan
daripada mereka untuk melarikan diri tetapi gagal dengan halangan halangan yang ada.
jalan keluar sehinggalah salah seorang dari mereka cuba untuk memasuki sebuah stor
lama dimana disitulah punca segalanya berlaku (mimpi illusi). Setelah mengharungi
sepanjang malam itu, akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapati tempat
yang mereka duduk itu tidak wujud dan hanyalah hutan tebal tiada berpenghuni.
Jadi Siapakah Maideen...? Siapaka Apek...? Dimana chalet yang besar itu hilang serta apa
yang di makan mereka sepanjang bermalam disitu...? Semuanya menjadi pertanyaan dan
kekeliruan antara fantasi dan realiti... Siapakah sebenarnya Pendekar Tok Bandi... ?
Penipuan apakah ini? Semakin keliru dan mengelirukan. Untuk mengetahui jawapan
tersebut anda haruslah menonton Filem ini di Pawagam.
Ulasan :
yang akan memasuki pawagam di seluruh negara mulai esok telah meletakkan sasaran untuk
menarik satu juta Penonton Malaysia. Pengarah Urusan UNC yang juga Penerbit filem itu,
Datuk Mohd. Rosdi Shair berkata, di Indonesia pula, beliau berharap untuk menarik dua juta
penonton melalui kemunculan dua pelakon negara itu, Dea Lestari dan Tessa Mariska.
"Satu lagi yang mungkin menarik penonton ialah populariti pelakon utama, Allahyarham
Ashraf yang meninggal dunia tiga tahun lepas. Saya percaya peminat yang merindui arwah
akan menunggu peluang menonton lakonan beliau selain kemunculan pelakon tempatan
seperti Bandi Amok, Mak Mah, S Azli, Munir (Phyne Ballerz), Linda Hashim dan Ramli
Salleh," katanya dalam satu kenyataan di sini.
sumbangan kepada waris keluarga mereka yang meninggal dunia dan tidak sempat hasil kerja
mereka di layar perak, sekiranya filem itu memperoleh kutipan memberangsangkan.
"Selain Ashraf, beberapa tenaga penggiat telah kembali ke rahmatullah iaitu pengarahnya,
Majed Saleh serta pelakon S. Shamsuddin dan Maidin. Tenaga penerbitan juga akan menerima
imbuhan sekiranya kami berjaya mencapai sasaran kutipan," tambahnya.
relevan untuk ditayangkan. "Saya tidak takut untuk bersaing kerana yakin akan kemampuan
cerita bergenre seram yang tidak terlalu berat untuk ditonton dan menghiburkan untuk
tontonan seisi keluarga. Tempoh yang lama diambil untuk disiapkan kerana masalah teknikal.
"Tapi dengan penambahbaikan aspek teknikal serta sepuluh peratus babak tambahan dengan
kos RM300,000 di samping kos asal RM1.6 juta, saya yakin filem ini akan diterima," katanya.
berkemban, namun babak itu bersesuaian dengan proses menuntut ilmu hitam yang
dipaparkan dalam filem itu dan bukan bertujuan mengeksploitasi artis.
"Tiada masalah langsung mengenai perkara itu kerana filem ini memaparkan kisah
masyarakat yang sering diceritakan oleh orang tua kita pada masa dahulu.
Lembaga Penapisan Filem juga telah meluluskan tayangannya dengan potongan
lima peratus saja," jelasnya.
Perdana pada isnin lepas. Apa yang menarik mengenai filem ini ianya adalah unik kerana
inilah Filem Pertama kali mengikut Peredaran zaman sebenar di dalam adengannya . Bagi saya
iasukar dilakukan mana mana pihak selepas ini untuk meniru Filem Syaitan Munafik. Kerana
adakah anda sanggup menunggu 15 tahun sehingga 20 tahun untuk menyiapkan satu Filem
yang menarik seperti ini. Pastinya tidak akan ada yang mampu melakukan . Yang pastinya
latar belakang . Para Pelakon kini ramai dah yang berumur untuk melihat hasil karya ini
disiapkan dengan berjaya . Boleh dilihat sendiri teknologi untuk pembuatan filem
Syaitan Munafik ini pada Tahun 2012 dan 2020 amat berbeza. Tetapi
tenyata ia boleh digabung dalam satu filem untuk disiapkan . Tidak nampak
perbezaan ketara dari segi kualiti gambaran visual kerana Filem yang lama belum
disiapkan lagi ini telah mengalami satu pengubahsuaian dari segi pelbagai ciri termasuk
visual , Warna , Audio sehinggakan tidak nampak lansung perbezaan bila anda melihatnya
di pawagam. tetapi dari segi masa latar zaman anda tidak boleh diubah , dari segi "stail"
percakapan dan budaya watak pelakon sewaktu zamanya tetap ada kelainan tersendiri.
Ia salah satu Filem yang harus anda tonton dan boleh menuat anda mengimbau masa
lalu disaat waktu awal filem ini dimulakan.
menemui penonton di 10 pawagam di Brunei mulai esok.
Manakala tarikh tayangan di Indonesia dijangka bermula pada Januari tahun depan, tambahnya.
"Insya-Allah pelakon dan wartawan Malaysia akan diterbangkan ke sana oleh Penaja
bersama TransNusa Air . 18 artis Indonesia turut ditaja penerbangan mereka ke malaysia
untuk memeriahkan tayangan perdana pada Isnin lepas," ujarnya.
Jadi saya menyeru semua untuk datang menyaksikan Filem Syaitan Munafik ini yang
akan ditayangkan di Pawagam Seluruh Malaysia. Berbaloi untuk anda menonton
Filem ini . Kerana inilah salah satu Filem Antik dan Paling lama untuk disiapkan pasti
anda akan merasai pengalaman berada sendiri di Tahun 2012 sehingga tahun sekarang
keunikkan Filem yang tidak pernah dibuat orang .Ia adalah salah satu filem Epik dan
berjaya disiapkan untuk ditonton oleh anda pada .
21 Disember 2023
Rating 8/10
Ulasan menarik & filem jalan cerita unik & menarik 8/10
ReplyDelete