PELANCARAN OLEH (MIIP) VIDEO "DON"T FALL VICTIM TO ONLINE RENOVATION CONTRACTOR SCAMS" SEBAGAI PROAKTIF MENAGANI PENIPUAN KONTRAKTOR DALAM TALIAN

Cheras 8 Disember 2023 Persatuan Rakan Industi Rekabentuk Dalaman Malaysia (MIIP)

Mengambil Langkah Proaktif untuk Menangani Penipuan Kontraktor Dalam Talian. 

Persatuan Rakan Industri  Rekabentuk Dalaman Malaysia (MIIP) buat capaian penting dalam 

hal melindungi  pengguna dan integriti industri melalui video terbaru mereka yang berjudul

 "Don’t Fall Victim to Online Renovation Contractor Scam "  Inisiatif yang dibentangkan

kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), mencerminkan komitmen yang

serius dalam meningkatkan kesedaran di kalangan industri Rekabentuk Dalaman dan 

masyarakat umum.


Pelancaran ini, diadakan sejajar dengan acara MIIP’s Year End Networking Night, dan 

diserikan lagi dengan kehadiran YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh, dan YBHG.

Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB, yang kedua-duanya merasmikan

pelancaran tersebut. Presiden dari persatuan-persatuan rakan seperti PAM, MBAM, MIID,

dan banyak lagi turut hadir untuk menyaksikan pelancaran tersebut.


YB Teresa Kok telah memberikan perhatian serius kepada CIDB Malaysia mengenai

 peningkatan yang membimbangkan dalam "Skim Penipuan Kontraktor Online" dengan 

mangsa  dari pelbagai lapisan masyarakat. Banyak yang terpaksa berhadapan dengan projek 

yang tidak selesai dan kerugian besar wang  sehingga mencapai  jutaan Ringgit Malaysia 

diambil secara  tidak sah. Individu yang terlibat sering menggunakan platform dalam talian 

dan media sosial untuk berinteraksi dengan mangsa, yang memperkenalkan diri mereka 

sebagai "Kontraktor Renovasi "yang sah melalui laman web yang dirancang secara 

profesional, lengkap  dengan testimoni yang menarik serta gambar berkenaan kerja

 renovasi yang telah selesai.



Sebagai reaksi terhadap apa yang berlaku YB Teresa Kok dan pihak CIDB telah mengadakan

mesyuarat pada 4 Oktober 2023, dengan menjemput semua persatuan yang berkaitan 

dengan industri Pembinaan Dalaman. Objektifnya adalah untuk membincangkan dan 

meneroka usaha-usaha kerjasama di antara pihak berkuasa dan ahli industri dalam 

usaha mendidik masyarakat  serta membanteras "Skim Penipuan Kontraktor 

Online" Badan MIIP memberikan reaksi  yang jelas apa yang berlaku dengan 

mengambil pendekatan proaktif  mengupah pasukan  pengedit video untuk

 menghasilkan kandungan pendidikan yang berkualiti . Kandungan ini kemudian

 akan dikeluarkan  kepada CIDB untuk memberi  kesedaran mengenai penipuan dalam

talian di dalam Industri Rekabentuk Dalaman dan dikalangan masyarakat umum.



Video Menagani Teknik Peninpuan Kontraktor Renovasi 




Comments