Pra Pelancaran OHMydin! Meriah Bersama Sempena Ulang Tahun Mydin ke 66

 

SUBANG JAYA, 14 OGOS 2023: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar

tempatan,MYDIN, menganjurkan “Program Semarak Gemilang Malaysia

MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena ulang Tahun

MYDIN ke 66. Kempen ini akan dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB

Fahmi Fadzil di MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sepanjang kempen berlangsung sehingga 31 Oktober ini, MYDIN menawarkan

penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta

kepada masyarakat khususnya pelanggan setia MYDIN. Kempen ini melibatkan

rangkaian MYDIN di seluruh negara.

Kempen yang turut mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal

terlibat antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever,

Wipro dan banyak lagi.


1. Karnival Jualan “Kita MADANI” menjanjikan penjimatan sehingga 60

peratus bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya

pakaian dan alat tulis.


2. Melalui program kesetiaan Meriah, MYDIN menawarkan sebanyak 660

mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping

turut mendapat hadiah istimewa.


3. Pelanggan MYDIN Online juga turut akan menerima e-baucar bernilai

RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6 serta diskaun penghantaran

RM6.60 bagi pembelian minimum RM166 di platform tersebut. Terdapat pelbagai

 Jenama Produk yang turut sama menyertai acara Meriah Bersama Mydin ini. 


4. Memberi kemudahan kepada pelanggan, MYDIN turut memperkenalkan

“TikTok Shop” di aplikasi rasmi TikTok MYDIN Malaysia dengan menawarkan

pelanggan kali pertama layak menerima baucar RM15 serta kod baucar

istimewa. Di samping itu, pelanggan juga bakal mendapat subsidi penghantaran

bernilai RM6 ke seluruh negara.

 

5. Melalui kempen “Belanja & Fuel Good” dengan kerjasama Setel,

pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi tersebut

akan menerima baucar Setel bernilai RM6.60.


6. Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital,

pelanggan yang menggunakan MyDebit berpeluang memenangi baucar MYDIN

bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam

satu resit. Berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.


7. Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak

menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank

E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp boleh merebut pulangan tunai dan hadiah

dengan jumlah keseluruhan RM366,000.


Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN),

Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “Program Semarak Gemilang

Malaysia MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” pengguna

dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan,

disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan

sepanjang kempen berlangsung. Ini merupakan manifestasi penghargaan kami

kepada masyarakat yang telah menyokong kami sepanjang 66 tahun ini dan

kami berharap orang ramai mengambil peluang menikmati tawaran istimewa ini”.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh

mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN

Malaysia di

www.mydin.my


Comments