MYDIN Komited Laksana Amalan Kerja Lestari Alam Sekitar Secara Komprehensif Dalam Perniagaan

 SELANGOR, 1 OGOS 2023: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar

tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menyatakan komitmen

bagi melaksanakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam

menjalankan perniagaan serta menerapkan budaya mencintai dan memulihara

alam sekitar dalam kalangan warga kerjanya.


Komitmen ini merupakan sokongan terhadap dasar dan matlamat Kerajaan

khususnya Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim bagi

memastikan setiap perniagaan perlu memainkan peranan dalam menjaga

persekitaran dan mengurus tadbir urus sosial.



Sehubungan itu, MYDIN melancarkan inisiatif ESG ‘MYDIN Prihatin

#forfuture’ bagi memberi fokus kepada usaha-usaha menjaga dan

menerapkan budaya melestarikan alam sekitar dalam perniagaan. Antara

inisiatif yang diaplikasikan dalam perniagaan antaranya Pemasangan Sistem

Solar (PV), Sistem Kepintaran Data, Pengurusan Sisa Efektif, Kecekapan

Tenaga, Penggunaan Tenaga Boleh Guna, Tong Pakaian Kitar Semula, Sistem

Logistik Pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon.



Sebagai contoh, melalui kerjasama pemasangan sistem solar dengan

kolaborasi imperatif bersama GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) sebuah syarikat

subsidiari sepenuhnya milik Tenaga Nasional Berhad , sebanyak 26,464,764

kilowatt-jam (kWj) tenaga bersih dapat dijana setiap tahun melalui panel-panel

yang dipasang. Penyediaan solusi tenaga solar sebagai sumber alternatif

tenaga elektrik oleh TNB ini adalah selari dengan inisiatif Peralihan Tenaga TNB

yang berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). MYDIN turut

akan memperluas inisiatif ini ke 14 cawangan lain menjelang tahun 2025,

perancangan ini dijangka mengurangkan sejumlah 20,643 jisim CO2

setiap tahun setara dengan penanaman 639,918 pokok setiap tahun.


Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “

MYDIN komited untuk mencapai pengurangan sebanyak 15 peratus

penggunaan tenaga dan pelepasan karbon serta mengurangkan pembaziran

sisa bahan terbuang sebanyak 50 peratus, di samping mengurangkan

penggunaan plastik dengan lebih serius menjelang tahun 2030 melalui inisiatif

mampan ini.



MYDIN dalam pada masa yang sama turut menekankan aspek pelaporan dan

penyelidikan ESG dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia

(UPM) bagi memastikan kolaborasi antara pemain industri serta pendidikan

dalam menyokong agenda kelestarian nasional.”


Program ‘MYDIN Prihatin #forfuture’ dilancarkan oleh Menteri Alam Sekitar,

Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad

di MYDIN Subang Jaya, Selangor pada 1 Ogos 2023.


Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh

mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN

Malaysia di :


www.mydin.my

Comments