Jelajah Selangor Bekerja 2020 menawarkan 18,267 Kekosongan Jawatan

 

Kerajaan Negeri melengkapkan penganjuran Program Jelajah Selangor Bekerja 2020

apabila siri terakhir karnival kerjaya berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 Disember

di Dewan Jubli Perak, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor, Shah Alam tengah 

berlansung. 

 





Di dalam program di Dewan Jubli Perak , bangunan SUK, YB turut memberi kata semangat kepadu para graduan dan pencari pekerjaan . Dianggarkan seramai 100 orang yang hadir untuk sesi temuduga tersebut . Untuk mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN penemuduga akan menunggu dulu dibawah mengikut giliran, Supaya tidak terlalu sesak dan ramai diatas ini adalah perkara penting bagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN. 







Sebelum ini empat siri telah berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15 Disember, Dewan

MPS Gombak pada 21 November, Dewan MDKS Saujana Utama pada 22 November dan

Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat pada 28 November.

 

Hasil daripada empat siri jelajah sebelum ini, seramai 187 pemahon telah lulus dalam sesi

temu duga dengan 42 daripadanya diterima bekerja manakala baki 145 lagi akan

dipanggil untuk sesi kedua temu duga.

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 18,267 kekosongan jawatan ditawarkan sepanjang lima

siri jelajah melibatkan 105 majikan daripada pelbagai sektor termasuk perkilangan,

perkhidmatan dan profesional.



YB Tuan Mohd Khairuddin Othman hadir di hari terakhir memberikan  ucapan berkenaan acara yang dijalankan. YB juga memberitahu beliau akan terus berusaha untuk membantu ramai individu untuk mendapatkan pekerjaan melalui program seperti ini. Dimana diketahui dalam musim yang mencabar ini sukar untuk mendapat pekerjaan dan banyak yang telah diberhentikan. Ia juga adalah insiatif kerajaan untuk membantu masyarakat mencari pekerjaan meskipun mereka terpaksa bekerja di rumah melalui banyak kaedah ICT terkini. 

Berikut adalah pecahan maklumat tentang kekosongan jawatan, jumlah majikan dan

permohonan yang telah berjaya.

Kekosongan Jawatan :


Penganjuran program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor walaupun berdepan dengan pelbagai kenkangan ekoran Pandemik COVID-19. 




Kerajaan Negeri Selangor juga komited untuk menganjurkan program kerjaya dalam skala lebih besar pada tahun hadapan sebaik sahaja Perintah Kawalan Penggerakkan telah ditamatkan dan Pandemik COVID-19 sudah berakhir. 

Usaha ini amat penting dalam memastikan Kerajaan Negeri Selangor dapat mencapai hasrat untuk mengurangkan kadar pengangguran ke tahap yang lebih baik dengan segera.

" Selangor Maju Bersama " 


Comments