DERMAWAN BERNAMA DATO SRI LIOW SOON HEE SUMBANG 11 JUTA PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (MASK) UNTUK SEMUA PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA TELAH DIBERIKAN
Kini sekali lagi usahawan dan dermawan muda Dato Sri Liow Soon Hee
melalui “Yayasan Winner Emperor Sedunia” tampil untuk mengagihkan 11 juta
penutup hidung dan mulut kepada semua pelajar sekolah seluruh Malaysia.
Inisiatif tanggungjawab sosial atau CSR ini akan dimulakan serta merta berikutan beliau merasakan ini adalah keperluan utama yang perlu digerakkan segera.
Kerana Penularan Pandemik Covid 19 mula
meningkat kembali di Malaysia.
Keselamatan anak-anak kita tidak boleh dibiarkan demi masa depan
mereka", begitulah tegasnya Dato Sri Liow Soon Hee didalam membantu
Kerajaan khasnya " Kementerian Pendidikan Malaysia " didalam pengedaran
penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang berbilang kaum melalui
sekolah-sekolah.
Dato Sri Liow Soon Hee juga menyeru rakan-rakan korporat untuk turut serta
membantu Kerajaan bagi meringankan beban rakyat didalam menyediakan
keperluan harian untuk menghadapi pandemik COVID-19. Dalam masa
yang sama, Dato Sri Liow Soon Hee menyeru akan semua rakyat Malaysia pelbagai
bangsa dan agama untuk mematuhi " S.O.P arahan dari Kementerian Kesihatan demi
menjaga keselamatan kita semua.
Mengikut rekod yang diperolehi , Malaysia mempunyai lebih 7 juta pelajar sekolah rendah dan
menengah dan hampir 1juta kakitangan pengurusan serta guru.

Dengan sumbangan yang diberikan ini ia dapat membantu pelajar meneruskan persekolahan dengan berdepan dengan wabak pendemik covid 19 yang mencabar ini. Semoga Penularan wabak Covid 19 beransur hilang.
Comments
Post a Comment