DATO SRI LIOW SOON HEE USAHAWAN DERMAWAN MUDA MALAYSIA, MENYUMBANG KALI KETIGA RM 100,000 LAGI KEPADA KUIL HINDU DI AMPANG.

Isnin - 9hb Nov 2020, Sekali lagi, Dato Sri Liow Soon Hee menyumbang bagi tempat ibadat tanpa mengira agama atau bangsa. Kali ini beliau terus menyumbang untuk kali ketiga sebanyak RM 100,000 lagi untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar di Ampang, Selangor dan pembinaan kuil baru.




 Dermawan termuda Malaysia, Dato Sri Liow Soon Hee percaya dapat membantu semua tempat ibadat seboleh yang mungkin dan ini adalah ansuran ketiga berjumlah RM 500,000 yang dijanjikan untuk pembinaan kuil baru bersebelahan dengan kuil lama yang asal. Ini untuk menampung lebih ramai penganut kerana kuil ini telah wujud selama bertahan-tahun dahulu.




 

Dato Sri Liow Soon Hee memberikan sumbangan pertama sebanyak RM 100,000 pada Disember 2019 diikuti dengan RM 100,000 lagi pada bulan Julai yang lalu. Sumbangan hari ini berjumlah RM 100,000 adalah ansuran ketiga berdasarkan  progres pembinaannya. Kuil ini dijadualkan akan siap dan boleh digunakan pada tahun 2021. 






  Kuil Dewa Sri Maha Muniswarar adalah kuil Hindu tertua di Ampang kerana ianya telah dibina pada tahun 1930 oleh kumpulan pertama pekerja Tamil. Banyak penganut dan ahli jawatankuasa kuil adalah dari keturunan mereka.

                             





Dato Sri Liow Soon Hee menyeru kepada semua kaum supaya bersatu di dalam malaysia bagi memastikan negara kita aman dan makmur . Beliau menyatakan akan membantu tidak mengira kaum dan agama  yang memerlukan . Jika ada dari agama Islam pun beliau akan tampil membantu . Beliau berharap perpaduan agama ini penting bagi menyatukan semua. 





 Sumbangan itu telah diterima oleh pihak pengurusan bagi pihak kuil Sri Maha Muniswarar sementara Dato Sri Liow Soon Hee menyampaikan cek tersebut bagi pihak Yayasan Winner Emperor Sedunia.


Sempena Hari Deepavali juga Dato Sri Liow Soon Hee juga telah menerima cenderahati sebagai hadiah. Ia amat bermakna bagi mengukuhkan ikatan antara perpaduan kaum dikalangan rakyat malaysia pada hari ini. 





 


Comments