MILO MERAIKAN 70 TAHUN KEBAIKAN DI MALAYSIA
Subang Jaya, 2 September 2020 MILO, minuman coklat malt
ikonik telah menambat hati
rakyat Malaysia sejak tahun 1950. Pada tahun ini, MILO
meraikan ulang tahun ke-70 di Malaysia
sempena musim Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
MILO® sentiasa menjadi keperluan seisi rumah dan juga
pelengkap sarapan Malaysia setiap hari
Sebagai peneraju pembangunan sukan, MILO sentiasa memimpin usaha memupuk dan
mencungkil bakat juara sukan bertaraf dunia untuk Malaysia
bermula di peringkat akar umbi
menerusi pelbagai program sukannya, di samping membudayakan
gaya hidup aktif untuk semua
melalui gerakan MILO Aktif Negaraku.
Mengimbas perjalanan 70 tahun ini, MILO menghu'urkan kebaikan khasiat dan nilal-nilal murni
yang dipupuk melalui sukan yang telah memacu pembangunan
rakyat dan negara selama 70
tahun. Sehubungan itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik
untuk memeriahkan sambutan
menanti rakyat Malaysia.
Sambutan MILO 70 Tahun di Malaysia telah bermula pada bulan Julai dengan Peraduan MILO®
70 Tahun Kebaikan Dalam 70 Hari yang akan berakhir pada 27
September. Peraduan ini
menawarkan peluang kepada lebih 900 peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai lebih
RM550,000.
Bagi merancakkan fasa sambutan seterusnya, dari sekarang
hingga 4 Oktober, Konvoi Kebaikan
MILO®, iaitu jelajah konvoi van MILO® vintaj - dari 1950-an
hingga reka bentuk terkini – telah
memulakan perjalanan di seluruh negara bagi meneruskan
kebaikan dan berkongsi keceriaan
dengan MILO® dari van MILO® yang menyegarkan dan bertenaga
untuk semua secara percuma.
Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan MILO®, iaitu
jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid yang
dilancarkan hari ini. Dengan reka
bentuk yang menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia, Pekan
MILO menyatukan semua
kebaikan MILO® masa lalu, masa kini dan masa hadapan.
Pengalaman seumur hidup untuk
menggamit kenangan perjalanan 70 tahun MILO® di samping
meneroka sekilas gambaran masa
hadapan jenama itu menanti para pengunjung. Pekan MILO® di
Sunway Pyramid dibuka
sehingga 6 September.
"Seiring dengan Nestlé, MILO telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada
pertumbuhan negara sehingga menjadi sebati cengan cara hidup
masyarakat. Kami berbangga
dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan
khasiat MILO®, malahan nilai-nilai
murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan,
kegigihan, keberanian dan semangat takkan
gentar Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun
nilal-nilai ini telah mendorong
Kita untuk melangkah lebih jauh, ulas Juan Aranols, Ketua
Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia)
Berhad.
Sementara itu, Ng Su Yen. Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad
berkata, MILO® telah menjalinkan ikatan yang cukup istimewa
dengan Malaysia menerusi
kebaikan yang dihulurkan. Baik susah mahupun senang, kami
telah sentiasa berada di sisi rakyat
dengan membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat serla
inspirasi untuk melangkan lebin jaun.
Kami amat menghargal kepercayaan serta perasaan cinta
terhadap jenama MILO yang
dicurahkan oleh rakyat selama ini. Dengan MILO di sisi,
kami menjemput semua rakyat
Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama kami
bersama MILO® menerusi Cerita MILO Saya di HITZ, ERA dan MY
FM. Penyertaan yang paling
kreatif berpeluang memenangi tin MILO vintaj edisi terhad.
Layari www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah-kisah menarik yang telah membentuk
sejarah serta kebaikan MILO selama 70 tahun. Di samping
itu, kongsi pengalaman MILO 70
Tahun di Malaysia anda di media sosial dengan Hastag #MILO70Tahun.
Tentang MILO
MILO, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di
Malaysia telah diperkenalkan pada tahun
1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan
rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan
semula jadi malt, susu dan koko, dan diperkaya dengan
ACTIV-GOO; campuran unik vitamin dan
mincral, MILO merupakan minuman yang paling popular di
Malaysia dan telah melahirkan generasi
juara sejak dari dulu lagi.
Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland,
Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan
seramal 328,000 orang kakitangan kami
komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan
kualiti hidup dan menyumbang ke arah
masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh
strategi Pemakanan, Kesihatan dan
Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat
rakyat Malaysia menerusi jenama dan
produk kami yang bemutu tinggi, sambil mengekalkan
kecemerlangan dan ketelusan produk Halal
kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD
FOOD, GOOD LIFE kepada semua.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana
khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila
layari
http://www.facebook.com/Nestle. Malaysia
www.nestle.com.my
Comments
Post a Comment