Good Food, Good Life MILO® Champions Clinic: E-Coaching Lembaran Baharu Pembangunan Sukan Akar Umbi MILO®

 

Subang Jaya, 5 September 2020: MILO®, peneraju kemajuan sukan peringkat akar umbi

selama 70 tahun, kini menyemarakkan usahanya untuk memupuk minat terhadap sukan dalam

kalangan kanak-kanak menerusi pelancaran MILO® Champions Clinic: E-Coaching. Inisiatif

terbaharu ini merupakan sebahagian daripada matlamat MILO® untuk memupuk gaya hidup aktif

bagi seluruh rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO® Aktif Negaraku dengan menyediakan

sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.



MILOO Champions Clinic: E-Coaching merupakan lanjutan daripada MILO® Champions Clinic,

laitu program latihan sukan peringkat permulaan yang dibangunkan secara khusus untuk

menggalakkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka

terhadap sukan. Dengan menggunakan teknologi dalam talian untuk capaian yang lebih luas, ia

molangkaui sempadan geografi untuk membawakan MILO® Champions Clinic ke lebih banyak

tempat, sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak-kanak, keluarga dan

komuniti.


"Kami percaya bahawa sukan adalah guru terbaik yang mendidik nilai-nilai mumi. Ini terus

mendorong usaha kami membuka lembaran baharu untuk membantu kanak-kanak mendapatkan

akses kepada kebaikan sukan. Malahan, akses kepada sukan ini perlu dipertingkatkan dalam

keadaan situasi semasa. Menerusi MILO Champions Clinic, kanak-kanak bukan sekadar dapat

kekal aktif secara selamat, malahan mempelajari nilal-nilai mumi seperti kecekalan, kegigihan,

ketabahan sertla semangat takkan gentar yang hanya dapat dipupuk melalui sukan untuk

membantu mereka melangkah jauh dalam menghadapi cabaran masa kini," kata Kerwin Lim,

Pengurus Pemasaran Sukan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.








Sebagai pelengkap program MILO Champions Clinic yang sedia ada, MILO® Champions Clinic:

E-Coaching menumpukan fokus pada tiga jenis sukan yang paling sesual untuk latihan di rumah

serta dalam talian, iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.


la membawakan kembali banyak ciri-ciri asalnya terutamanya latihan bertaraf dunia bersama

jurulatih-jurulatih kebangsaan yang menghasilkan modul latihan berkenaan. Kembali untuk

melatih kanak-kanak adalah Daphne Ng (badminton), Chiew Chun Yong (futsal) dan Yoong Sze

Yuin (bola keranjang). Legenda badminton Rashid Sidek, bekas kapten pasukan bola keranjang

wanita kebangsaan Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang

melonjak popular Nik Akif Syahiran masing-masing akan membuat penampilan khas dalam salah

satu sesi latihan dalam talian.








Sementara itu, ciri-ciri dalam taliannya pula menggalakkan ibu bapa untuk memainkan peranan

yang lebih proaktif dalam latihan anak-anak mereka, di samping memastikan penglibatan yang

berkualiti, kos mampu milik serta keutamaan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.





MILO® Champions Clinic: E-Coaching menawarkan latihan selama 5 minggu di rumah, di mana

setiap minggu, kanak-kanak ekan mempelajari kermahiran asas dengan menonton video terlebih

dahulu, diikuti dengan sesi latihan berkumpulan dalam talian bersama jurulatih. Dalam sesi ini,

jurulatih akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan menjejak kemajuan mereka untuk

memastikan mereka mempelajari teknik yang betul.







Kelas akan bermula 10 Oktaber sehingga 22 November 2020. Daftarkan anak anda dalam

MILO® Champions Clinic: E-Coaching sekarang dengan pakej lengkap pada RM85 yang

merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton. Terdapat juga

pakej asas dengan yuran serendah RM50. Pendaftaran berdasarkan yang cepat didahulukan  

        (first come, first serve).




 Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut.














 

Comments