'TERIMA KASIH WIRA KITA ' Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Panggung Bandaraya
'TERIMA KASIH WIRA KITA '
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020
Pastinya, perkembangan penyakit Covid-19 ini turut
menakutkan mereka. Seperti kita semua, mereka juga mempunyai keluarga dan
tentunya ini memberi tekanan buat wira negara ini. Dengan penambahan kes saban
hari, membuatkan pasukan barisan hadapan ini tidak terkecuali berhadapan dengan
keadaan lesu upaya. Sebagai manusia biasa, mereka juga sangat memerlukan
sokongan moral dan motivasi sepanjang tempoh yang sangat kritikal ini.
Justeru itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjemput beberapa wakil Wira Kita yang terdiri dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pasukan Polis DIRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan RELA, Anggota Penguatkuasaan dan Petugas Kesihatan DBKL 5erta wakil kumpulan penghantar makanan Grab, Foodpanda dan lain-lain perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan yang lain untuk hadir menyaksikan persembahan yang istimewa ini sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2020.
Persembahan Malam Puisi dan Lagu "TERIMA KASIH WIRA
KITA" ini telah disampaikan oleh Sasterawan Negara Prof Dr Zurinah Hasan serta beberapa orang pemuisi lagi dari Persatuan PENYAIR Malaysia , Persembahan ini turut diserikan lagi dengan
nyanyian olen artis popular tanah air seperti Kumpulan Kopratasa, Syamel, Erni
Zakri, Ayai dan Zehra Zambri diringi oleh Kombo Muzik DBKI dan Artis Budaya
DBKL.
DBKL merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada "wira-wira negara" yang berusaha merawat pesakit yang dijangkiti dan membendung penularan wabak itu serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Wira Kita yang telah berkorban masa dan nyawa untuk memastikan mereka yang dijangkiti COVID-19 segera sembuh bagi mengelakkan wabak bahaya ini terus merebak.
TERIMA KASIH WIRA KITA!!
Comments
Post a Comment