PELANCARAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA@LULU TAHUN 2020 DI PASARAYA LULU DAN KEDAI KIOSK KUALA LUMPUR

 


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2020 - bagi menangani impak pelaksanaan pkp yang menyebabkan kemerosotan kepada sektor peruncitan dalam negara, kementerian telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor ini kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara. Kementerian terus menggerakkan inisiatif kempen beli barangan malaysia yang berpotensi untuk merancakkan sektor peruncitan di samping mengembalikan permintaan pasaran dalam negara.


ucapan disampaikan oleh yb datuk ALEXANDER NANTA LINGGI menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna



Di dalam ucapan beliau  Perdagangan runcit adalah merupakan salah satu sub-sektor utama yang memberi sumbangan yang besar kepada sektor perkhidmatan dan seterusnya kepada kdnk negara. Pada tahun 2019 sektor peruncitan mencatatkan nilai jualan sebanyak rm537.6 bilion yang mana 30% pendapatan daripada sektor perkhidmatan adalah disumbangkan oleh sub-sektor peruncitan.

 Perkembangan pesat sektor peruncitan telah mengalami kesan penurunan yang ketara dengan pelaksanaan pkp bermula pada 18 mac 2020. Berdasarkan laporan prestasi ekonomi suku pertama tahun 2020 yang dijalankan oleh bank negara malaysia dan jabatan perangkaan malaysia, sumbangan sektor peruncitan telah merosot sebanyak rm28.3 bilion pada suku pertama 2020 berbanding rm32.4 bilion pada suku keempat 2019 iaitu penurunan sebanyak 13% bersamaan rm4.16 bilion.



 Menyedari impak pelaksanaan pkp yang menyebabkan kemerosotan kepada sektor peruncitan dalam negara, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (kpndhep) telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor ini kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara. Dalam hal ini, kementerian ini telah mengenalpasti dan terus menggerakkan inisiatif kempen beli barangan malaysia (kbbm) yang berpotensi untuk merancakkan sektor peruncitan di samping mengembalikan permintaan pasaran dalam negara.

  yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1984 dan telah diberikan tanggungjawab untuk dilaksanakan oleh kpdnhep. Kempen kbbm ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di malaysia untuk membeli barangan tempatan selain untuk memupuk semangat patriotisme rakyat malaysia bagi mengutamakan barangan keluaran malaysia.



 Justeru, keputusan kerajaan untuk memperkasakan kbbm bagi tahun ini adalah sangat tepat untuk mengimbangi cabaran ekonomi semasa khususnya bagi merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik. Antara strategi dan kaedah yang paling berkesan adalah melalui penganjuran pameran jualan dan promosi barangan buatan tempatan secara terus kepada pengguna yang dapat meningkatkan kesedaran para pengguna tentang kewujudan produk tempatan dan sekaligus menggalakkan pembeliannya. 

 Oleh itu, melalui kempen ini, kementerian berhasrat untuk membantu pengusaha tempatan dalam memasar dan memperluaskan produk dan perkhidmatan mereka selain memberikan dorongan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam menghasilkan produk-produk tempatan yang setanding dengan produk luar negara yang diimport.



 Sejajar dengan hasrat ini, kementerian melalui kempen beli barangan malaysia pada tahun ini telah melaksanakan pelbagai strategi dan mekanisma dalam memperkenalkan produk-produk buatan malaysia serta produk-produk pks tempatan ke dalam sektor peruncitan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat peruncitan utama di negara ini, sehinggalah produk-produk tempatan ini mampu menembusi pasaran hypermarket, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara. Inisiatif ini sekaligus dapat membantu pengusaha-pengusaha tempatan memperluaskan pasaran bagi produk keluaran mereka.



  Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pelaksanaan kbbm ini, kementerian amat teruja dengan sokongan yang diterima daripada pihak lulu malaysia yang telah memberikan komitmen dalam membantu menjayakan inisiatif ini. Saya difahamkan bahawa walaupun dengan hanya jumlah outlet sebanyak dua buah sahaja (iaitu di lulu capsquare dan lulu shamelin), namun saya percaya dan yakin bahawa pihak  lulu malaysia telah banyak membantu memberikan laluan dan tempat kepada usahawan-usahawan jenama tempatan di lulu hypermarket & departmental store malaysia.  Saya sangat menyambut baik dan menghargai usaha yang dilakukan lulu malaysia dan berharap ianya akan dapat dituruti oleh peruncit-peruncit yang lainnya. Saya difahamkan pada tahun hadapan, pihak lulu malaysia mempunyai cadangan untuk membuka lebih banyak outlet lulu hypermarket di seluruh negara seperti di setia alam, johor bahru, bangi dan putrajaya.



 Saya turut difahamkan bahawa terdapat 191 cawangan lulu hypermarket and departmental store di sebelas buah negara terutamanya di timur tengah dan asia dengan nilai jualan usd9 bilion setahun. Angka ini merupakan satu jumlah yang agak besar. Pada kesempatan ini, saya benar-benar berharap agar pihak lulu dapat mempertimbangkan bagi memasarkan jenama produk-produk malaysia dengan lebih agresif ke pasaran timur tengah melalui hypermarket lulu sebagai platform atau hub untuk barangan malaysia menembusi pasaran di rantau berkenaan. 



 Pada tahun 2019, lulu malaysia telah membantu memasarkan produk-produk malaysia terutamanya produk makanan dan minuman (f&b) serta barangan segar (fresh produce) berjumlah lebih rm10 juta ke pasaran timur tengah, dan kita berharap supaya pada tahun ini jumlah tersebut akan dapat dipertingkatkan dengan lebih banyak lagi.

 Saya dimaklumkan oleh pihak lulu malaysia bahawa pada program pelancaran hari ini, sejumlah enam belas (16) buah syarikat pks tempatan turut diberikan peluang untuk mempamerkan produk mereka secara bergilir-gilir di booth-booth pameran yang berlangsung bagi tempoh sepuluh (10) hari iaitu pada 22 ogos sehingga 31 ogos 2020. Para pempamer pks ini juga akan dipertimbangkan untuk disenaraikan di outlet-outlet lulu dengan keistimewaan pengecualian daripada dikenakan listing fee. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak lulu malaysia kerana memahami hasrat kerajaan dalam membangunkan lebih banyak usahawan pks tempatan khususnya pks bumiputera untuk menembusi sektor hypermarket di malaysia.



 Pada hari ini juga saya dimaklumkan bahawa pihak lulu hypermarket & departmental store malaysia akan memberikan sijil khas sebagai tanda pengiktirafan kepada 5 pembekal pks bumiputera yang berprestasi tinggi yang telah mencatatkan nilai jualan tahunan yang sangat menggalakkan sepanjang tahun 2019 yang lepas. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada usahawan-usahawan pks yang berkenaan!



 Sebagai makluman kepada para hadirin, selain daripada lulu malaysia, bagi kempen beli barangan malaysia ini, kementerian turut menerima kerjasama dan sokongan daripada peruncit-peruncit utama di negara ini dan juga daripada perniagaan atas talian marketplace seperti lazada, shoppee dan pg mall. Saya yakin bahawa melalui lebih ramai penyertaan daripada syarikat-syarikat dalam kempen kbbm ini akan menjadi lebih meriah, sekaligus dapat membantu menjayakan kempen ini dengan lebih berkesan.



 Akhir kata, saya berharap agar semua pihak yang terlibat termasuk agensi-agensi kerajaan, rakan-rakan strategik dan pihak industri yang terlibat dalam menjayakan kempen beli barangan malaysia ini akan terus bersama-sama menyokong kempen ini untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 

 Dengan penuh rasa bangga, saya dengan ini melancarkan kempen beli barangan malaysia@lulu bagi tahun 2020.



 Sekian, salam hormat dan terima kasih.




Comments