Winner Dynasty Group sahut seruan Agong Mengenai COVID-19, Tampil Memberi bantuan Topeng Muka Perlindungan Pernafasan Kepada Rakyat Malaysia Fokus Di Sekolah.





Kuala Lumpur Sidang Media diadakan di bangunan Dynasty Winner Group berkenaan Sumbangan Topeng Muka perlindungan penafasan dari Pertubuhan integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia Bersama, Pertubuhan 313 Rekreasi Ekonomi Malaysia dan NGO .



Mengikut apa yang dikatakan WABAK Covid-19 semakin menular bukan sahaja di seluruh dunia, malah di negara Malaysia . Walau bagaimanapun, tidak wajar jika hanya berasa cemas dan gelisah. Apa sahaja usaha boleh membantu bagi membendung dan membasminya 100% perlu dilakukan. 
Tidak kira dimana anda berada , dengan kemampuan yang ada Datok Seri Nicky menyeru supaya cubalah memberi sumbangan bermakna tanpa mengira agama dan bangsa, Sihat kita, sihat anda  dan sihat semua, maka sihatlah negara . Sbab Kita semua rakyat Malaysia. 




Pada 10 Mac 2020 lalutelah berlangsung majlis pengumuman bantuan sokongan kepada rakyat Malaysia bagi menagani penularan virus Covid-19 di Puchong, Selangor. Bantuan tersebut telah diberikan oleh Winner Dynasty Group ( WDG )Sdn Bhd, Menerusi Pengerusinya Dato' seri Nicky liow Soon Hee. Bersama ini juga turut hadir bersama wakil wakil Persatuan Komuniti Kepolisan Malaysia : Sekeratiat Khidmat bantuan , Pertubuhan 313 Rekreasi Ekonomi Malaysia, Khairul Husni Othman, rakan-rakan prohatin, kakitangan WDG dan beberapa guru sekolah sekitar Puchong. 




Seorang Artis Exchela Chong turut sama menyokong usaha sama bagi memberi bantuan membantu bersama bagi menagani penularan virus covid-19 disamping berbakti kepada negara. 



Dengan itu Winner Dynasty Group memperuntukkan 500,000 unit topeng tersebut untuk diedarkan kepada rakyat Malaysia secara percuma sebagai langkah bantuan pertamanya. Menurut dato seri Nicky , " Winner Dynasty Group" bersama dengan pertubuhan NGO, Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan 313 akan merealisasikan membantu Kerajaan Malaysia. Khususnya Kementerian Kesihatan malsyia dalam menyahut titah Yang Dipertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi menagani viru Covid-19. 


Buat permulaan "Winner dynasty Group" akan memberi sumbangan kepada masyarakat di sekitar Puchong , Khusunya di Sekolah yang ada. Jelas Dato Seri Nicky sukar untuk memberikan sumbangan menyeluruh ke seluruh Malaysia jika pihak lain juga tidak turut sama membantu usaha ini. Namun setakat ini Winner Dynasty Group akan memulakan langkah berkenaan bagi memberi bantuan untuk semua . 


Semoga ianya berjaya demi satu kejayaan berhasil. langkah ini akan diteruskan berterusan bagi membantu rakyat malaysia. 





Sesi soal jawab majlis tersebut turut panas dengan isu " Penipuan " dalam membeli Topeng Muka Perlindungan Pernafasan. Dimana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan menipu dalam hal usaha yang baik ini. 

Beberapa laporan telah dibuat dibalai polis. Dimana harap ia membantu memberi kesedaran kepada pihak yang mengambil kesempatan ketika berlakunya WABAK ini. 

Ada juga pihak tertentu menjual Topeng Muka Perlindungan Pernafasan ini dengan harga yang tinggi. Sepatutnya ia membantu rakyat di dalam Malaysia untuk dapatkan Toprng Ini. 

Saya berharap dalam usaha untuk membantu semua ini, Semua pihak harus bersatu bersama bagi memberi kerjasama bagi menagani masalah ini. semoga ianya berjaya demi masyarakat yang makmur. 









Comments