Pelancaran Filem ROH


Sinopsis

Ia adalah cerita mengenai sebuah keluarga dhaif, iaitu dikenali sebagai Emak, dan dua anaknya Along dan Angah tinggal di sebuah dangau di kawasan pendalaman yang berhutan. Pada suatu hari, mereka menerima tetamu seorang budak perempuan yang berwatak ganjil.


Budak yang dinamakan sebagai Adik itu menumpang bermalam di dangau mereka, tetapi pada keesokan harinya, dia telah menghiris lehernya sambil memberi amaran bahawa seluruh anggota keluarga itu akan mati pada waktu bulan mengambang nanti.



Kemudiannya, keluarga itu dikunjungi pula oleh seorang wanita tua iaitu pengamal ilmu hitam dikenali sebagai Tok, serta diikuti oleh seorang lelaki Pemburu datang memberikan sebatang tombak kepada Emak untuk digunakan sebagai senjata pertahanan diri.



Tetapi, akhirnya, semasa berlangsung upacara pemujaan,Emak menggunakan tombak itu menikam lelaki tua tersebut kerana mahu membalas demdam diatas kejadian yang menimpa anak-anaknya.





Filem ini dibintangi oleh pelakon memegang watak 

Mak : Farah Ahmad
Along : Mhia Farhana 
Angah : Harith Haziq
Pemburu : Namrong
Tok : Junainah M. Lojong
Adik : Puteri Syahadah Nurqaseh  




Filem ini darahkan oleh Pengarah Emir Ezwan 
Beliau sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah filem di Festival Filem Malaysia. Melalui Filem pendeknya RM 10. dan banyak lagi anugerah diperolehinya.
Filem ROH merupakan cereka filem pertamanya di Pawagam. 

Antara yang menjayakan filem ini adalah penerbitnya Amir Muhammad bersama Krew lain dengan mempromosikan Filem ini melalui Produksi "Kuman Pictures" 


bagi pandangan saya selepas menyaksikan filem ini saya berasakan tradisi Filem yang mengambarkan kehidupan masyarakat Malaysia tradisi  beginilah yang harus ditonjolkan dimana ia ada identiti Filem Malysia tersendiri. Pandangan saya Aksi keseluruhan filem ini adalah terbaik. Dimana saya mengesorkan penonton untuk melihat Filem sebegini yang jarang ditemui. 
Saya meletakkan 7/10 untuk Rating Filem ini. 







Comments