Kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pandan Mengenai beberapa ahli AMK meninggalkan Parti Keadilan.

Ampang, Pandan 21 Mei 2026, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan mengambil maklum kemungkinan terdapat beberapa pimpinan AMK Cabang yang akan membuat keputusan untuk meninggalkan parti dalam masa terdekat.

Setiap keputusan individu adalah tanggungjawab masing-masing. Namun, perjuangan Reformasi tidak akan terhenti kerana tindakan mana-mana pihak.


Perubahan dalam organisasi adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik dan tidak menjejaskan kekuatan asas parti yang dibina atas komitmen anggota serta sokongan rakyat.


Di Pandan, gerak kerja parti terus berjalan seperti biasa dan fokus kami kekal kepada memperkukuh organisasi serta menyantuni rakyat.


AMK Pandan akan terus komited mempertahankan Parlimen Pandan dan memperkukuh parti, selari dengan saranan YAB Dato’ Seri Presiden.


Membujur lalu, melintang patah.


Info ini adalah kenyataan Jelas dari 


MOHD IFWAT AMIR BIN HAMIRUDIN

KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

(AMK) CABANG PANDAN

Comments