MoU dan Pengenalan Teksi EV (Elektric Car) dengan Sistem Penukaran Bateri bagi menagani Krisis Kos Bahan Api tinggi


KUALA LUMPUR 23 April 2026 : Industri pengangkutan awam negara bakal menyaksikan satu transformasi besar apabila empat syarikat utama menjalin kerjasama strategik untuk memperkenalkan teksi kenderaan elektrik (EV) yang dilengkapi dengan sistem penukaran bateri automatik. 

Inisiatif di bawah program Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) ini dimeterai menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan Hamizi M. Hussin daripada EV Auto Works Sdn. Bhd., Derick Ng daripada Voltgem Energies Sdn. Bhd., Kabeer Maand mewakili GV Car Import Sdn. Bhd., serta Mugilarasan daripada Alirantek (M) Sdn. Bhd. Turut terlibat ialah Encik Kamarudin Mohd Hussain yang mewakili Gabungan Teksi Malaysia dalam usaha memperkukuh hala tuju industri teksi negara. 


Selepas Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman MOU diadakan selesai. Satu Sidang media. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, kerjasama tersebut bertujuan mempercepatkan peralihan industri teksi dan e-hailing ke arah penggunaan EV berteknologi tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. 

Menurut beliau, penggunaan sistem penukaran bateri automatik yang dibangunkan oleh "Voltgem Energies Sdn. Bhd"  merupakan antara inovasi utama yang mampu mengubah landskap operasi pengangkutan awam. 

“Teknologi ini membolehkan bateri ditukar dalam tempoh yang singkat di stesen khas tanpa perlu menunggu proses pengecasan, sekali gus hampir menghapuskan masa henti operasi kenderaan. 

“la bukan sahaja meningkatkan kecekapan, malah membantu pemandu menjana pendapatan yang lebih stabil kerana masa bekerja di jalan raya dapat dimaksimumkan,” katanya. 




Encik Kamarudin Mohd Hussain   berkata, Inisiatif tersebut turut dirangka sebagai solusi jangka panjang dalam menangani peningkatan kos bahan api yang semakin membebankan pemain industri. 

Selain itu, pakej komprehensif turut ditawarkan kepada pemandu, termasuk penggunaan sistem penukaran bateri secara percuma selama setahun, sewaan kenderaan serendah RM80 sehari, serta penyelenggaraan penuh termasuk komponen “wear and tear".

"Pemandu juga akan menikmati jaminan bateri sepenuhnya, perlindungan insurans, serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)," katanya. 


Kabeer Maand, memaklumkan bahawa semua kenderaan yang diperkenalkan mematuhi piawaian keselamatan ASEAN NCAP dan direka khusus untuk kegunaan pengangkutan awam profesional, dengan penekanan terhadap keselamatan pemandu dan penumpang. 


Encik Derick Ng, CEO Voltgem Energies Sdn Bhd Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama tersebut turut merangkumi pembangunan projek pemasangan tempatan EV secara Completely Knocked Down (CKD), yang akan memberi tumpuan kepada pengeluaran kenderaan EV dengan teknologi penukaran bateri di Malaysia. 

“Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kos kenderaan, malah membuka ruang kepada pemindahan teknologi serta pengukuhan ekosistem industri EV tempatan. 

“Kami menyasarkan Malaysia untuk muncul sebagai hub pembangunan teknologi EV berasaskan sistem penukaran bateri di peringkat ASEAN,” katanya. 


Menurut Kabeer Maand, langkah tersebut dijangka memberikan impak jangka panjang termasuk mempercepatkan peralihan kepada mobiliti elektrik nasional, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, serta mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih pintar dan mesra alam. 

Kabeer berkata pihaknya berharap dapat membeei sokongan penuh dari pihak kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan lain lain yang terlibat. 

Comments