Aksi Buakaw Petarung Muay Thai Lagenda Bakal Beraksi di T-Fight All Star 2026 Stadium Titiwangsa


KUALA LUMPUR 23 April 2026 : Arena sukan tempur tanah air bakal menyaksikan satu lagi acara berprestij apabila T-Fight All Star 2026 dianjurkan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 April 2026. Acara ini menghimpunkan barisan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang bagi mempamerkan kemahiran disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana penuh kompetitif dan profesional. 


Kejohanan T-Fight All Star 2026 dijangka menarik perhatian peminat Muay Thai tempatan dan antarabangsa dengan kehadiran Buakaw Banchamek, ikon dan bintang Muay Thai dunia, yang bakal beraksi dalam perlawanan utama (main event) dalam kategori 70 kilogram. Lebih menarik, ini merupakan penampilan sulung Buakaw beraksi di Malaysia, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat peminat sukan tempur tanah air. 



Secara keseluruhan, kejohanan ini akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan penyertaan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan status T-Fight All Star 2026 sebagai acara Muay Thai bertaraf antarabangsa. 




Bagi perlawanan utama, Buakaw dijadualkan berdepan petarung dari Beijing, Meng Gaofeng dalam pertembungan epik Thailand menentang China yang dijangka sengit dan berintensiti tinggi. Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan KO, selain pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion. 


Pertembungan dua negara gergasi sukan tempur Asia ini dijangka menjadi tarikan utama kejohanan, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi legenda dunia secara langsung buat pertama kali di Malaysia. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan epik ini dengan melayari website pautan di bawah untuk.membeli tiket. 


https://shop.ilassotickets.com.my/eventdetails.aspx?eid=RRNRqqaC1X8=


Comments