SALOMA KUALA LUMPUR RAIKAN SYAWAL DAN WARIS BIDUANITA NEGARA
Kuala Lumpur 28 April 2025 , Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 2025 anjuran Saloma Kuala Lumpur menjadi platform bersejarah apabila waris Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma menerima gratuiti daripada pemilik restoran tersebut.Penyerahan gratuiti kepada cucu-cucu Allahyarhamah, iaitu Arzanee Armalie dan Rozaidie Armalie, sebagai simbol penghormatan kepada industri dan seni budaya Negara Malaysia.
“Ia juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saloma Kuala Lumpur yang turut menyantuni tetamu istimewa termasuk mereka yang memerlukan bantuan,” kata Datin Riza.
Beliau berkata sebelum ini Saloma Kuala Lumpur telah melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan termasuk Program Rahmat Ramadan: Santunan Ihsan yang mengagihkan lebih 3,000 kampit beras dan pek makanan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.
Beliau turut menjelaskan bahawa penganjuran majlis malam ini akan terus memperkukuh usaha Saloma Kuala Lumpur untuk memartabatkan seni budaya tanah air sambil menyemai nilai kemanusiaan dan penghargaan terhadap legasi seni negara.Saloma Kuala Lumpur merupakan destinasi gastronomi dan budaya bertaraf pelancongan yang mempersembahkan sajian tradisional Malaysia bersama persembahan seni budaya setiap malam. Terletak di lokasi strategik bersebelahan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Saloma Kuala Lumpur menggabungkan elemen makanan tempatan dan seni persembahan untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Diilhamkan daripada warisan Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, restoran ini menawarkan pengalaman autentik yang memperkasakan nilai seni dan tradisi negara.



Comments
Post a Comment