Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadan ini,Anita Entertainment & Productions yang sebelum ini banyak menganjurkan acara Jelajah Rentas Bantuan Kemanusiaan bermotosikal bersama kumpulan Kelab Permotoran Anita Bikers Club Malaysia telah menganjurkan kembali program Santai Jelajah sirinya yang ke 54 iaitu Santai Selebriti Salam NUR Ramadan 2021.
Program ini dianjurkan di Cornerstone IPC di Kuala Lumpur berdekatan KLCC . Dimana ia menjadi penaja utama lokasi untuk acara ini.
Tempat ini begitu cantik dengan tema ala ala meraikan pengantin baru. Dengan Konsep Putih dan bunga bunga . anda juga boleh menempah dewan tempat ini untuk pelbagai majlis boleh diadakan mengikut ketetapan SOP baru oleh KKM.
Antara artis yang hadir pada acara ini ialah Ritchie Rachman ,Yantzen ,Rohana Jalil ,Rozita Rohaizad , Royce Saayan dan pelakon Sari Zamshuri dan Khaty Azian sebagai pengacara majlis.
Turut memeriahkan Majlis Iftar Salam NUR Ramadan ini ialah undangan khas persembahan kumpulan Qasidah El-Qashh dari Kuala Lumpur diketuai oleh penyanyi Royce Saayan dan Cikgu Siti Hajar.
Antara yang lain adalah Persembahan Silat ATWR Riders Club Seni Gerak Alift dimana aksi yang begitu hebat di pentas
Barisan Para Artis turut sama menghiburkan para hadirin dengan menyanyikan beberapa lagu lama yang nostalgia bersama Anak anak yatim seramai 15 orang dari Puchong.
Antara penyumbang yang terlibat bagi sumbangan ramadan dan kepada Anak Yatim adalah dari CornerStone IPC ,Kuala Lumpur ,Villa Busana ,Barisan Selebriti ,Ahli korporat,syarikat Solvy, Dato' ' Zamshuri Ramli
QMIS & RICHWOOD VENTURES BERHAD dan Adun Pengkalan Hulu ,Perak. Dato' Haji Aznel bin Ibrahim.
Suasana Anak Yatim dengan riak wajah begitu gembira bila mendapat banyak sumbangan .
Siri Jelajah Santai Kemanusaian ini akan diteruskan lagi oleh Anita Entertainment dan Production , Villa Busana dan terakhir kepada Syarikat Korporat yang membantu sektor perniagaan , Industri seni untuk terus berkembang seiring dengan bantuan kemanusian oleh Anita Entertainment dan Production. Semoga acara sebegini akan dapat diteruskan lagi..
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dewan Corner Stone IPC boleh layari di facebok : Corner Stone IPC
Comments
Post a Comment