PROMOSI 'SUPER DEAL TIKET KE MENARA KUALA LUMPUR DAN MENARA ALOR SETAR HANYA RM 15.00 & RM 6.00 SAHAJA
PROMOSI 'SUPER DEAL MENARA KUALA LUMPUR DAN MENARA ALOR
SETAR
Setelah dibenarkan beroperasi selepas ditutup selama 2 bulan
sempena Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) yang lalu, Menara Kuala Lumpur dan Menara
Alor Setar kembali lagi
dengan promosi istimewa khas buat warganegara Malaysia,
iaitu PROMOSI SUPER DEAL
yang akan bermula pada 17 Mac sehingga 16 April 2021.
Objektif utama promosi ini diadakan adalah bagi memberi
peluang kepada rakyat Malaysia
untuk datang ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar
dengan harga yang amat
berpatutan. Selain itu, inisiatif untuk mengadakan promosi
Ini juga sedikit sebanyak dapat
membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik
dengan mengalakkan rakyat
Malaysia untuk melancong di dalam negara.
Promosi Ini menawarkan tiket PERCUMA kepada 100 pengunjung
pertema setiap hari untuk
ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala
Lumpur. Manakala tiket
PERCUMA kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke
Pelantar Pemandangan di
Menara Alor Setar.
Bagi pengunjung ke-101 dan seterusnya ke Pelantar
Pemandangan, Menara Kuala Lumpur
menawarkan harga promosi iaitu RM15.00 dewasa (harga biasa
RM30.00) dan RM10.00
kanak-kanak (harga biasa 20.00). Manakala bagi lawatan ke Pelantar Pemandangan
Menara
Alor Setar harga promosi ialah RM6.00 dewasa (harga biasa
RM12.00) dan RM4.00 kanak-
kanak (harga biasa RM8.00).
Bukan itu sahaja, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar
juga turut memberikan harga
promosi untuk lawatan ke Sky Deck dengan hanya RM24.00
dewasa (harga biasa RM71.00)
dan RM12.00 kanak-kanak (harga biasa RM37.00), manakala
harga promosi RM20.00
dawasa (harga biasa RM48.00) dan RM10.00 kanak-kanak
(RM28.00) ditawarkan bagi
lawatan ke Star View, Menara Alor Setar.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk berkunjung ke Menara
Kuala Lumpur dan Menara
Alor Setar bersama-sama keluarga tercinta serta rakan-rakan
dan para pengunjung tidak
perlu risau kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan garis panduan
yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.
Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan
kebersihan terjamin di seluruh kawasan
promis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan
selama 45 minit setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Menara Kuala Lumpur
Ditalian : 03-2020 5499
Layari website : www.menarakl.com.my
Facebook : @officialmenarakl
Instagram : @menarakl
Menara Alor Setar
Ditalian : 04-720 2901
Layari website : www.menaraalorsetar.com.my
Facebook : @menaraalorsetarofficial
Instagram : @menaraalorsetarofficial.
Comments
Post a Comment