Pelancaran Konsert Khai Bahai dari Smule ke Pentas Dunia Istana Budaya
Konsert Khai Bahar akan diadakan tak lama lagi di Istana Budaya
Terbaharu, Khai yang popular menerusi lagu luluh dipilih
oleh pihak Istana Budaya bagi membuat
persembahan pentas buat julung kalinya di bawan penganjuran
produksi "Ogy Ventures" milik pengarah dan pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud.
Pihak Istana Budaya sendiri melihat penyanyi kelahiran Kangar, Perlis ini mempunyai potensi sebagai pelapis kepada penyanyi lelaki terbaik sedia ada.
Konsert Khai Bahar: Dari "Smule" Ke Pentas Dunia yang bakal membuka pentas pada 27 dan 28 Mac depan menjadi buah tangan sulung Khai untuk tahun 2020.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih penyanyi popular, Khai
Bahar sepanjang tiga tahun pembabitan sebagai anak seni dianggap pencepaian
terbaik dirinya.
bukan saja cemerlang menerusi deretan anugerah dimenangi,
malah Khai, 25, atau nama sebenarnya
Muhammad Khairul Baharuddin berjaya meletakkan dirinya
sebagai pelapis kepada penyanyi sedia ada.
Penyanyi ini mula dikenali selepas nyanyiannya menerusi lagu
Sudah Ku Tahu daripada " Projector Band " di aplikasi "Smule" menjadi tular.
Bermula dari aplikasi itu, nama Khai Bahar terus meniti di
bibir peminat di persada hiburan tanah air. Khai juga tidak menoleh ke belakang
lagi menerusi 28 anugerah dan pengiktirafan diraihnya dalam bidang seni ketika
ini.
Malah penyanyi kacak ini juga bertuah kerana sering mendapat
sokongan daripada peminat setia
hinggakan setiap single yang dikeluarkan mendapat sambutan.
Tidak sekadar menghasilkan lagu berkonsep cinta, Khai turut
mengambil inisiatif mencipta lagu berjudul Ratuku bermatlamat menimbulkan
kesedaran brang ramai untuk membantu mereka yang menghidap sakit buah pinggang.
Konsert ini adalah penampilan pertama Khai Bahar di Pentas Istana Budaya , Kuala Lumpur. Bersama yang hadir adalah Datin Oggy Mat Daud, dan Pengarah Istana Negara Dato' Mohamed Juhari Bin Shaarani. Serta para para Media membuat Liputan .
Saksikan Video Klip ini semoga anda terhibur.
Comments
Post a Comment